• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Rai Pernikahan Ayahanda

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pernikahan baginda pada 31 Ogos lalu.

“Beta amat mengagumi lelaki yang dipanggil Ayahanda ini,” tulis Tengku Amir di dalam sebuah gambar yang dimuat naik di menerusi akaun Instagram peribadinya.

“Beta akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang ayahanda sebagai pahlawan, beta akan sentiasa berbangga menjadi putera ayahanda.

“Alhamdulillah, dan tahniah Ayahanda! Beta amat bersukacita dengan keputusan ayahanda.

Ucapan 'Sweet' Raja Muda Selangor Sempena Pernikahan Ayahandanya
Tengku Amir merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya dengan memuatnaik sebuah gambar di Instagram. – Foto @rmselangor/Instagram

Sultan Sharafuddin Idris Shah bernikah dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu lalu.

Baca: Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

Dalam pada itu, Tengku Amir, 25; yang dilahirkan di Amerika Syarikat berkata hubungannya dengan ayahandanya sama seperti “ayah dan anak lelaki yang lain.”

“Baginda telah memberikan kehidupan kepada beta, berkorban untuk beta, membesarkan beta menjadi seorang lelaki, membimbing beta semasa beta berduka dan menjadi contoh terbaik untuk beta dalam menjadi seorang pemimpin yang baik.

“Seorang lelaki yang tegas, seorang pejuang yang berani, Sultan yang arif dan baik hati serta dikasihi oleh rakyat jelata,” tambah Tengku Amir lagi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Norashikin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang Etihad Airlines bernama Mustapha Kamal dan mempunyai dua orang zuriat, iaitu sepasang lelaki dan perempuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Raja Muda SelangorSultan Selangortengku amir shah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

04/02/2026
0

MASIH ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan...

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd