• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Abdullah Pemimpin Terbaik, Tak Pernah Komen Negatif

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap pemimpin lain selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.

Beliau berkata Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah ialah pemimpin yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh pemimpin terbaik.

“Pak Lah tak berikan komen yang negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji. Pak Lah memahami keadaan itu, pemimpin yang harus dihormati,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Abdullah, Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO berkata setiap pemimpin tidak dapat lari daripada dugaan dan menurutnya kekuatan serta kehebatan seseorang pemimpin itu adalah hasil daripada sokongan kuat anggota parti.

“Setiap pemimpin ada dugaannya, Pak Lah juga diduga (dan) beliau berjaya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) juga diduga dan saya pun diduga. Yang (pemimpin) sebelum itu (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) pun diduga lebih 20 tahun. Dia hebat sebab UMNO yang buatkan dia hebat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Abdullah selaku perdana menteri Malaysia kelima juga telah berjaya menerajui BN untuk mencatatkan prestasi terbaik dalam pilihan raya umum ke-11 (PRU11).

“Prestasi (BN) pada zaman Pak Lah adalah yang terbaik… perdana menteri terbaik dalam pilihan raya umum. Ini tak boleh dinafikan kerana ketika itu Pak Lah telah mengungkapkan (mengilhamkan) Islam Hadhari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tun Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

Perlu Miliki Integriti Tinggi Memasuki Alam Pekerjaan

06/11/2016
0

PARIT - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan siswazah supaya mempunyai sifat jujur, amanah dan cekap dalam diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd