• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tugu Burung Helang Di Langkawi Bakal Dirobohkan?

oleh AK-47
04/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Kedah akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam, sekiranya terdapat gesaan untuk merobohkan replika burung helang di Dataran Lang, Langkawi.

Timbilan Mufti Kedah Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut.

“Kami belum melihat perkara ini, tetapi jika ada (gesaan dikemukakan), kami akan berbincang secara rasmi. Buat masa ini, mufti tak kata apa lagi dan isu ini sudah lama.

“Pihak kami akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa. Di situlah kita lihat apa yang sesuai dan patut untuk dikemukakan kepada PBT,” katanya yang dipetik dari portal Free Malaysia Today (FMT).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim yang mendakwa pembinaan replika seperti itu adalah haram kerana menyerupai bentuk haiwan hidup serta patut dirobohkan.

Marwazi menambah, ketika pembinaan tugu tersebut pihak yang membuatnya tidak merujuk kepada Jabatan Agama Negeri Kedah terlebih dahulu.

“Ya, hukumnya haram semua sedia maklum cuma apabila ketika pembinaan dulu pihak berkenaan tak merujuk pada pihak berkuasa agama, mereka buat juga.

“Sekarang ni kalau nak suruh buang kena ada rundingan dan tak boleh didedahkan pada umum nanti jadi cerita lain pula,” katanya.

Dalam pada itu, reaksi netizen khususnya daripada penduduk setempat di pulau bebas cukai pula adalah sebaliknya.

“Tak tahu nak menangis atau ketawa. Di Sarawak pun ada replika kucing, nak robohkan juga ke? Jangan pula pilih kasih. Kalau nak robohkan juga, robohkan sekali Tugu Negara,” komen kebanyakan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Langkawitugu hidup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd