Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Terhentak Kepala...

ADUH... kita yang melihat pun rasa sakit, apatah lagi tuan empunya badan. Sebuah video...

Kerajaan Disaran Lihat Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran melihat semula mekanisme Program Subsidi Petrol (PSP) yang...

Pahang Hidupkan Peluang Ke...

KUANTAN - Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola...

10 Tip Untuk Kekal...

DUDUK di kerusi selama lapan jam, lima hari seminggu boleh memberi kesan pada...

Trafik Internet Malaysia Terus Berkembang Pesat

KUALA LUMPUR – Trafik internet di Malaysia terus mencatatkan peningkatan pesat, kata Malaysia Internet Exchange (MyIX).

MyIX dalam satu kenyataan hari ini berkata penemuan itu berasaskan kepada pola data Internet yang direkodkan (sehingga Ogos 2016) bagi data Internet dilintangkan melalui nod ibu sawat Internet nasional yang dihubungkan secara langsung dengan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) utama negara dan penyedia kandungan.

“Bagi Ogos 2016, pertukaran data internet yang dilintangkan melalui nod ibu sawat itu mencecah tahap tinggi baharu pada 170.47 gigabit sesaat (Gbps) paras paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara,” kata pertubuhan itu.

MyIX berkata angka terbaharu itu mencerminkan pertumbuhan tahun ke tahun 57 peratus dan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 56.6 peratus sejak 2012.

MyIX, pertubuhan bukan keuntungan, merupakan inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi kerjasama penyedia perkhidmatan internet tempatan untuk menyambung dan menukarkan trafik Internet tempatan.

Pengerusi MyIX, Chiew Kok Hin, berkata sepanjang 2016, paras kemuncak bagi setiap bulan melepasi paras 100 Gbps.


“Ini tidak mengejutkan memandangkan landskap Internet Malaysia sekarang yang dipacu oleh pelan data yang bertambah baik, Internet mudah alih, kandungan video, perkomputeran awan serta lebih banyak syarikat yang bersetuju menyertai rangkaian peering dengan MyIX,” katanya.

Chiew berkata MyIX memiliki lima syarikat menyertai rangkaian peering itu tahun ini.

Sementara itu, MyIX akan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan menganjurkan Forum Peering yang akan diadakan di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur pada 10 Okt, 2016.

Forum sehari itu akan menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, perbincangan dan dialog serta menggalakkan lebih ramai pemain bekerjasama dalam rangkaian peering bagi manfaat negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori