• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Suspek Kes Tembak Di Kota Bharu Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiga suspek yang terbabit dalam kes tembak di sebuah kedai makan di Jalan Pasir Hor, Bunut Payong di sini bulan lalu ditahan minggu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata suspek yang berusia sekitar 20-an ditahan di sebuah stesen minyak di Grik, Perak pada 7 September lepas.

Beliau berkata suspek dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas bersembunyi di luar Kelantan.

“Suspek diberkas susulan penahanan seorang lelaki pada 28 Ogos yang mengaku membawa ketiga-tiga suspek ke Perak.

“Berikutan itu polis Kelantan mengatur gerakan bersama pihak Bukit Aman dan polis Perak bagi mengesan ketiga-tiga suspek yang akhirnya berjaya ditahan di Grik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Dalam kes tembakan pada 23 Ogos itu, seorang lelaki cedera di betis selepas terkena tembakan rambang yang dilepaskan seorang lelaki di sebuah kedai makan yang terdapat kira-kira 20 orang pelanggan.

Lelaki yang melepaskan tembakan itu bersama dua lagi lelaki dilapor menaiki kereta Mercedes Benz.

Ab Rahman berkata ketiga-tiga suspek didapati mempunyai tali persaudaraan.

Dalam kes itu, mereka didapati menggunakan sepucuk pistol jenis Revolver yang disewa daripada seorang warga Thai.

“Pistol itu ditemui bersama tiga butir peluru yang disembunyikan di satu kawasan hutan di Tumpat,” katanya.

Beliau berkata suspek menyasarkan seorang individu yang dikenali sebagai ‘Piji Buta’ namun motif mereka belum diketahui.

Pihak polis kini meminta Piji Buta agar tampil membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd