• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mudah Mahathir, Pembangkang Tumbangkan BN

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukanlah semudah yang disangkakan. Malah, beliau yakin cadangan itu tidak mungkin diterima oleh parti-parti pembangkang.

“Walaupun sifat pemaaf itu harus ada pada seseorang yang berjiwa besar, yang dikatakan luka lama telah sembuh, tetapi mustahil tidak ada parut yang tertinggal.

“Jadi, atas parut itulah saya yakin cadangan berkenaan sukar diterima bagi menyatukan semua parti dalam satu wadah… ini kerana tokoh berkenaan juga menyebabkan parti-parti berkenaan masih berduka dan ada parut politik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya walaupun ‘perkahwinan’ politik bakal dijalinkan, ia hanyalah berbentuk sementara bagi mencapai tujuan pemimpin berkenaan.

“Janganlah ia dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk mencapai sesuatu tujuan kerana keikhlasan politik itu jelas dari tindakan yang dilakukannya.

“Ramai yang melihat tindakan tersebut semata-mata untuk mencapai tujuan seseorang dan diuruskan oleh orang lain, seolah-olah memperlihat adanya kesatuan dalam kalangan pimpinan parti berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh

Selain Ahmad Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan oleh beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang menjalan tugas Timbalan Presiden UMNO, menasihati semua pemimpin dan wakil rakyat supaya memberi bantuan secara adil kepada semua pihak yang layak dan memerlukan.

Beliau berkata budaya itu harus menjadi ikutan dan prinsip semua pemimpin, tanpa mengira parti yan diwakili, kerana beliau mendapat maklumat adanya pemimpin yang tidak memikul amanah yang diberikan.

“Jangan tolong hanya saudara mara dan yang menyokong kita sahaja. Ramai orang di luar sana perlukan bantuan.

“Ketepikanlah, jangan kisah sokong tak sokong. (Jika) mereka layak, kita beri sebab kita pemimpin dan itulah sikap pemimpin yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: pembangkangtpmTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia – Thai Setuju Mulakan HSR Antara KL – Bangkok

Next Post

Jemaah Haji Negara Akan Mula Bergerak Ke Arafah Esok

Related Posts

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

19/11/2024
0

Kuala Lumpur : Polis akan memohon untuk menyambung reman terhadap pengawal keselamatan yang ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

Next Post

Jemaah Haji Negara Akan Mula Bergerak Ke Arafah Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd