• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perjanjian Sumbangan Kepada Mangsa Kren Runtuh

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiada ikatan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berhubung tempoh bayaran sumbangan kepada mangsa kren tumbang di Makkah tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata tidak timbul isu berlakunya kelewatan bayaran sumbangan kepada anggota keluarga tujuh jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden kren runtuh di Masjidilharam September tahun lepas kerana ia hanya merupakan sumbangan dan bukannya pampasan.

“Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab dan mengisytiharkan ingin memberikan sumbangan (dan bukannya pampasan), jadi sebab itulah kerajaan Arab Saudi dan Malaysia tidak ada apa-apa perjanjian yang mengikat untuk memastikan sumbangan ini dapat disalurkan secepat mungkin pada tempoh tertentu.

“Tetapi pada masa sama sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerana rakyat kita juga terlibat dalam kren tumbang tersebut, justeru kerajaan sentiasa berhubung rapat (dengan kerajaan Arab Saudi),” katanya kepada pemberita selepas program World #QuranHour di Masjid Muhammadi di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syahmi Fahim Mohd Fahim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Dr. Yusnan Yussof.

Dalam kejadian 11 September tahun lalu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram.

Menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Ditanya mengenai program World #QuranHour itu, Asyraf Wajdi berkata ia diharap dapat menjadi satu gelombang kepada umat Islam di negara ini untuk membawa, menghayati dan mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata menerusi program berkenaan, umat Islam di negara ini tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik dapat duduk bersama dan menghayati al-Quran berasaskan panduan yang sama.

“Ini adalah satu perkara yang kita perlu semarakkan dalam konteks Malaysia supaya umat (Islam) ini berjiwa lebih besar dan melihat Islam itu lebih tinggi daripada segala-galanya.

“Kita boleh berbeza pandangan tapi akhirnya panduan kita adalah satu iaitu al-Quran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd