• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Kandungan, Ketulenan Pemacu Pena – SPRM

oleh Ahmad Albab
02/09/2016
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti isi kandungan pemacu pena yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini sebelum memutuskan tindakan seterusnya, kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki.

Beliau berkata selain kandungan, ketulenan pemacu pena itu juga perlu diambil kira dan diteliti dalam menentukan siasatan lanjut ke atas isi laporan yang diserahkan.

Katanya ketulenan pemacu pena itu perlu dilihat dan diambil kira kerana ia juga adalah suatu dokumen sepertimana tafsiran di bawah Akta Keterangan 1950.

“Sekiranya kita mendapati terdapat kes rasuah dan salah guna kuasa dilakukan oleh mana-mana pihak, barulah siasatan akan dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi susulan tindakan Khairy menyerahkan pemacu pena berserta senaskah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada badan antirasuah itu hari ini.

Khairy semasa menyerahkan laporan itu antara lain meminta SPRM menjalankan kajian dan semakan secara terperinci sama ada kandungan pemacu pena itu telah disunting atau sebaliknya.

Pemacu pena yang diserahkan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy pada 26 Ogos lepas itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). – BERNAMA

Tags: FAMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd