• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takut Zika, Warga Singapura Mula Berbaju Lengan Panjang

oleh
03/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Semakin ramai rakyat Singapura sudah mula memakai pakaian berlengan panjang dan menutup tubuh mereka serta meluangkan lebih banyak masa di rumah daripada berada luar.

Ini semua dilakukan demi mengelak daripada gigitan nyamuk aedes setelah pakar kesihatan memberi amaran bahawa wabak Zika mungkin sukar dikawal dalam masa terdekat, menurut agensi berita tempatan, MediaCorp.

Sebagai salah sebuah hab kewangan utama di dunia, Singapura adalah satu-satunya negara di benua Asia dengan jangkitan Zika yang paling aktif; di luar Brazil – negara asal penularan wabak itu sejak dikesan awal tahun ini.

Zika yang mula direkodkan di Uganda pada 1940-an ketika itu hanya melibatkan monyet; secara umumnya menyebabkan simptom-simptom ringan tetapi boleh membawa kecacatan lahir pada janin wanita hamil.

Pihak berkuasa Singapura setakat ini menyatakan lebih 150 kes dikesan sejak jangkitan tempatan pertama dilaporkan minggu lalu, dan virus itu menular menjangkaui kelompok-kelompok yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya tidak akan membenarkannya keluar sehingga jangkitan Zika belum dapat dihapuskan,” kata Nat Bumatay seorang ibu yang bekerja sendiri mengenai anak perempuannya Sunshine yang berusia enam tahun.

Pemerintah Singapura meningkatkan usaha dengan menyembur penghalau serangga vektor dan menghapuskan air bertakung bagi mencegah pembiakan nyamuk, tetapi ramai yang mengambil langkah-langkah pencegahan awal.

Ini termasuk mengelak makan di medan selera dan kerap menggunakan ubat serangga bagi mencegah gigitan nyamuk menyebabkan farmasi melaporkan peningkatan pada penjualan ubat nyamuk sejak seminggu lalu.

Takut Zika, Warga Singapura Mula Berbaju Lengan Panjang

Ada premis yang kehabisan bekalan manakala portal runcit secara online Lazada dan Qoo10.sg juga membuka kedai Zika, sementara ada rakyat Singapura yang mengiklankan kelambu dan ‘barang kemas’ anti-nyamuk di media sosial.

Wabak ini berlaku serentak dengan ekonomi yang lembab di Singapura. Kebimbangan mengenai penularan Zika boleh memburukkan lagi aktiviti penjualan runcit, kata pakar ekonomi United Overseas Bank, Francis Tan.

“Jika ini berterusan, orang ramai tidak mahu keluar, jadi sektor runcit akan menjadi lembab,” tambah beliau. Zika juga meningkatkan kebimbangan terhadap pelancongan terutama sekali – perlumbaan Grand Prix Formula One.

Acara itu bakal bermula dalam masa dua minggu lagi. Beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Britain, Korea Selatan dan Indonesia sudah menasihati wanita hamil warganya supaya jangan datang ke Singapura.

Ini dijangka memberi kesan buruk kepada kedatangan pelancong asing. Ketika ini jumlah pelancong telah mencecah lapan juta orang pada separuh pertama tahun ini, sekitar sejuta lebih tinggi berbanding rekod tahun lalu.

Dalam pada itu, antara ratusan mereka yang dijangkiti virus Zika adalah warga asing dari Bangladesh, China, India dan Malaysia, ramai daripada mereka dipercayai adalah buruh kasar yang bekerja dalam industri pembinaan.

Jumlah terbaharu termasuk dua wanita hamil, dan pegawai alam sekitar dan pakar kesihatan berkata jumlah jangkitan mungkin bertambah kerana virus itu semakin menular. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd