Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan...

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan...

Solidariti PAS, UMNO Di...

KUALA LUMPUR - Usaha Pas membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan...

Menteri Kunci Mulut, Inti...

PUTRAJAYA - Selepas tiga jam bermesyuarat, usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai...

‘Selipar’ Punca Tragedi 3...

ADIK lelaki kepada salah seorang mangsa yang maut selepas lemas di Tasik Ara Damansara,...

Tak Perlu Faham Tony: Anda Bekerja Dengan Puak Primitif

TAIKUN penerbangan dan pemilik kelab Queen Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandez melahirkan hasrat memimpin FAM. Secara sinikal agaknya, Tony mengajuk: “Wartawan minta tanya pada Menteri (Belia dan Sukan).”

Tony berpengalaman luas. Bermula sebagai pakar penjenamaan dalam industri muzik tempatan, Tony mengambil langkah besar menyertai Virginia Air ketika industri muzik tempatan lumpuh akibat kegawatan ekonomi 1998.

Pengalaman di Virginia Air memberikan Tony perspektif luar biasa untuk pulang ke tanah air dan memulakan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Tony mencipta legasi industri dan menjadi lagenda dengan visi perniagaan berjenamakan Now Everybody Can Fly.

Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin Abu Bakar, menjawab pertanyaan Tony dengan menyarankan kepada taikun Asia itu agar memahami perlembagaan FAM.

“Presiden FAM bukan dilantik menteri,” kata Khairi Jamaluddin.

Tony sebenarnya faham dan maklum. Bola sepak moden kelas satu telah membawa Tony ke Liga England, antara empat liga terbaik dunia. FAM bagi Tony hanyalah sebuah persatuan kecil, yang kalau pun ada perlembagaan, bukanlah sesuatu yang sukar difahami.

Sebenarnya tidak perlu pun bagi Tony mengotorkan tangan dan membuang masa. Menyertai FAM bagi seorang yang dinamik dan pragmatik seperti Tony akan menjerumuskan taikun penerbangan itu dalam konflik yang menyakitkan kepala.

Menjadi Presiden FAM, tidak akan menjanjikan segala pengetahuan dan kebijaksanaan Tony mampu mengubah lanskap bola sepak tempatan.

Seorang Presiden tidak akan mampu mengubah FAM kerana ia dipenuhi dengan watak-watak totok yang primitif. Modernisasi dalam pengurusan sukan ala Tony nantinya, yang penuh dengan agenda dan strategi bola sepak moden, pasti mencetuskan konflik kepentingan di kalangan puak sedia ada.

FAM sebenarnya telah menjadikan bola sepak Malaysia setengah abad terkebelakang dari modenisasi sukan nombor satu dunia itu.

Konflik politik senyap serta kedudukan bola sepak sebagai kuda tunggangan puak primitif akan menjadikan peneraju perubahan seperti Tony bakal terperangkap dengan permainan busuk ini.

Tony tidak akan dibenarkan mengkorporatkan FAM. Tidak akan dibenarkan meletakkan pasukan pengurusan bagi sebarang tugasan pembaharuan.


Presiden sekarang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pun sudah hampir dua tahun membisu. Terlajak memenangi kerusi presiden pada pemilihan lalu menjadikan dirinya terperangkap. Dua kali mahu berundur, hasrat Tengku Abdullah dihalang. Segala macam usaha dibuat bagi menangguhkah pemergiannya.

Ramai yang takut dengan perubahan. Rejim Tengku Abdullah bimbang sekiranya ada tokoh berpengaruh lain naik dan menjadi presiden, pasti akan ada perubahan. Atau lebih ngeri sekiranya membuka FAM kepada pembersihan.

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan FAM tahu, walaupun pen drive 279 muka surat menunjukkan FAM bersih, tetapi di mata peminat tanah air – pembersihan sebenar bagi memulihkan intergriti FAM memerlukan tindakan terbuka dan telus yang lebih dari itu. Menutup siasatan pen drive bukan bererti FAM bersih sepenuhnya.

FAM hanya sah terlihat bersih sekiranya jawatankuasa tanpa kepentingan dibenarkan menilai semua operasi dan kedudukan maklumat strategik persatuan itu.

Kepada Tony, jangan kotorkan reputasi hebat anda. Anda akan ditarik masuk ke lubuk pasir jerlus yang di dalam selutnya tersimpan naga dan buaya. Orang prolifik seperti anda, tidak akan mendapat tempat di kalangan kaum primitif sukan dalam FAM.

Pengalaman dalam Liga England akan menjadikan anda dibenci. Kepandaian akan menyebabkan anda dipulau dan dicincang lumat sekiranya anda menjadi presiden.

FAM ialah rumah bagi mereka yang pentingkan aspek lain dalam bola sepak. Bukan kemajuan. Kalau mahukan kemajuan, wataknya dapat kita lihat dengan jelas.

Jangan kotorkan profil anda Tony. Sungguh! Nama baik seorang Tony Fernandez terlalu mahal untuk persatuan murahan seperti FAM! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori