• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahlil Untuk Arwah Wan Mohammad Khair-Il Anuar Esok

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Mei lalu, akan mengadakan majlis tahlil di Kampung Lingga dekat Sri Aman esok.

Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau dan anak-anaknya akan turut berjumpa dengan orang kampung serta anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat arwah suaminya untuk mengucapkan penghargaan.

Beliau berkata Kampung Lingga merupakan lokasi yang begitu hampir dengan tempat mayat Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar ditemukan dalam tragedi yang turut meragut nyawa lima yang lain.

“Kami nak pergi ke sana untuk pergi ke lokasi berhampiran di mana mayat arwah dijumpai. Kami juga akan mengadakan tahlil untuk arwah dan berjumpa dengan orang kampung serta anggota pasukan penyelamat dan berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Wisma Bapa Malaysia yang turut disertai anak-anaknya di sini hari ini.

Mengenai kunjungan itu, Mastura berkata pertemuan itu antara lain sebagai tanda terima kasih kepada Ketua Menteri serta kerajaan Sarawak atas keprihatinan dan persahabatan yang terjalin sejak tragedi malang itu berlaku.

“Kami bercerita mengenai apa yang berlaku pada malam kejadian itu, saya tahu banyak usaha di peringkat kerajaan Sarawak (dilakukan) untuk tentukan supaya semua operasi dijalankan teratur dan lancar sehingga saya dapat bawa kembali jenazah suami saya ke Kuala Kangsar.

“Sarawak kini menjadi tempat yang terpahat di hati saya dan anak-anak untuk selama-lamanya kerana di sinilah tempat arwah menghembus nafasnya yang terakhir,” katanya.

Mastura berkata beliau juga akan meminta anaknya, Wan Imar Izzat yang juga seorang penyanyi untuk mencipta satu lagu khas buat warga Sarawak. – BERNAMA

Tags: Tahlil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Di Kedah Diminta Adakan Tahlil Khas Untuk Muhammad Adib

18/12/2018
0

ALOR SETAR - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan supaya semua masjid di negeri ini mengadakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd