• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivasangari Wakil Tunggal Negara Di Final AJIC 2016

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pilihan utama, S. Sivasangari menjadi wakil tunggal negara yang mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC) di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sivasangari menepati ramalan selaku pilihan utama kategori wanita bawah 19 tahun selepas menundukkan rakan senegara, Zoe Foo Yuk 11-5, 11-5, 11-5 dalam perlawanan separuh akhir yang hanya berlangsung selama 17 minit.

Di final esok, Sivasangari akan berdepan Satomi Watanabe dari Jepun yang mara selepas pemain negara yang juga pilihan kedua, Andrea Lee menarik diri di set ketiga pada kedudukan 8-4. Satomi menang dua set pertama 11-7, 11-6.

“Saya dapat mengawal permainan dengan baik serta berjaya menjarakkan kedudukan dan itu menyukarkan Zoe untuk mengejar mata.

“Bagi final esok, tidak kira siapa pun lawan, saya akan berikan yang terbaik untuk menjuarai kejohanan ini,” kata Sivasangari kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhirnya.

Lee terpaksa menarik diri akibat kecederaan buku lali kiri yang sudah mula menunjukkan kesan sejak aksi suku akhirnya semalam.

Kecederaan yang dialami sewaktu latihan tiga minggu lalu kembali berulang ketika berdepan Satomi, memaksanya memberi kemenangan mudah kepada lawannya itu.

Sementara itu, harapan kem negara untuk melihat wakil negara dalam pentas final kategori lelaki bawah 19 tahun berkecai apabila Ng Eain Yow, yang juga pilihan utama, dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain Jordan, Mohammad Al-Sarraj.

Ng bermula baik dengan memenangi dua set pertama 11-7, 11-6, namun segalanya berubah pada set ketiga yang menyaksikan beliau gagal mengekalkan rentak dan tunduk kepada Mohammad dengan 10-12.

Pemain Jordan itu terus menguasai permainan dan menyamakan kedudukan dengan memenangi set berikutnya dengan 13-11 dan dalam set penentuan, Mohammad berjaya menguasai permainan dengan baik untuk kemenangan 11-8.

“Sejujurnya tiga set terakhir itu membuktikan Mohammad merupakan pemain yang lebih bagus daripada saya…dia melakukan semuanya dengan baik hari ini.

“Saya tidak melakukan banyak kesalahan tetapi dia mengutip mata pada saat yang tepat…kekalahan ini memberi pengajaran yang bermakna kepada saya,” kata Ng.

Aksi final esok akan menyaksikan Mohammad bertemu pilihan kedua, Velavan Senthilkumar dari India yang menewaskan pemain Hong Kong, Ling To Yu 6-11, 11-2, 11-8, 11-6. – BERNAMA

Tags: AJIC 2016Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd