Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 400 meter T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

Dalam peringkat saringan yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio pada Isnin, Siti Noor Iasah memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat.

“Saya sebenarnya tidak sasarkan dapat buat 58 saat, saya cuma sasar untuk masuk ke final sahaja. Dalam saringan hari ini (Isnin) saya berlumba dengan pelari ranking nombor satu dunia (Barbara Niewiedzial dari Poland).

Siti Noor Iasah Mara Ke Final 400M T20 Paralimpik Rio

“Dia (Barbara) pelari yang berpengalaman. Saya berada di lorong yang depan (lorong kelapan), jadi saya tidak nampak dia di belakang saya…bila masuk ke trek, saya cuma tumpu kepada lorong saya sahaja,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam saringan kedua itu, Niewiedzial bermula dari lorong ketiga dan mencatat masa 59.20s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, 0.04s di belakang Natalia Iezlovetska dari Ukraine.

Rekod dunia dalam acara 400m T20 wanita adalah milik Niewiedzial iaitu 57.78s yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas.


“Untuk peringkat akhir, saya perlu berhati-hati dengan pelumba lain. Mungkin mereka tidak beraksi sepenuhnya dalam saringan. Yang penting, saya akan memberikan saingan terbaik esok (hari ini),” tambah Siti Noor Iasah.

Catatan pelari jarak pertengahan negara berusia 27 tahun itu sekali lagi memperbaharui rekod Sukan Para Asia iaitu 1:01.33s miliknya, yang dilakukan di Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Siti Noor Iasah telah memperbaharui rekod Sukan Para Asia semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas, dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.

Saingan akhir acara 400m T20 wanita akan berlangsung pada Selasa, melibatkan lapan pelari terbaik daripada kedua-dua peringkat saringan. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...