• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Program Pengawasan Bayi Dijangkiti Zika

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan sedang menimbang rancangan menubuhkan program pengawasan kebangsaan untuk memantau perkembangan bayi dilahirkan wanita hamil yang dijangkiti Zika, lapor Channel NewsAsia.

Kementerian republik itu memantau dengan teliti wanita hamil yang disahkan dijangkiti virus Zika, kata laporan tersebut pada lewat Jumaat.

Menurut kementerian, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama dikesan pihak berkuasa.

Para doktor yang merawat wanita hamil itu sentiasa membuat susulan dengan mereka untuk menyediakan kaunseling dan sokongan, kata laporan itu.

Menurut Channel NewsAsia, keputusan awal daripada kajian di Brazil mengaitkan jangkitan Zika pada wanita hamil dengan masalah mikrosefali pada bayi mereka.

Ia merupakan kecacatan pada bayi baru lahir yang menyebabkan saiz kepala lebih kecil daripada normal yang boleh membawa kepada masalah perkembangan serius.

Mikrosefali telah dikesan oleh pendaftar kecacatan lahir nasional Singapura sejak Januari 1993, katanya.

Laporan itu menyebut antara 2011 dan 2014, jumlah kes mikrosefali yang didaftarkan setiap tahun dengan pendaftar di Singapura adalah antara lima ke 12 kes bagi setiap 10,000 kelahiran di Singapura.

Tiada sebarang kes mikrosefali yang dikaitkan dengan jangkitan virus Zika dilaporkan di Singapura setakat ini, katanya.

Memetik data di laman web Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, laporan itu berkata sehingga Jumaat lepas, terdapat 387 kes disahkan Zika di Singapura.

Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 658 ujian Zika dilakukan antara 7 dan 17 September, dan daripada jumlah itu 197 ujian adalah untuk wanita hamil atau individu memiliki gejala virus itu dan perlu menjalani ujian tersebut, katanya. – BERNAMA

Tags: Zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Zika Selamat Lahirkan Bayi Normal

12/02/2017
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah selamat melahirkan bayi perempuan tanpa mikrosefali, kata...

Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat

04/11/2016
0

SHAH ALAM - Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd