Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Ditahan Curi...

SELAMA - Polis menahan dua lelaki yang sedang mencuri beberapa komponen jentera jengkaut...

PM Setuju, Kamu Sibuk...

AYER KEROH - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk...

IKRAM Minta Azmin Adil...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengingatkan Menteri Besar Selangor yang baharu...

Trump Tidak Serik Jumpa...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dikecam kerana mengadakan sidang...

Si Nyanyuk Usia 80 Tahun Dapat Tawaran Rakam Lagu

LONDON – Tuah seorang pesakit demensia atau kurang ingatan yang kini berusia 80 tahun apabila dia mendapat tawaran daripada sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Ted McDermott disahkan menghidap demensia atau juga disebut sebagai nyanyuk pada tahun 2013 lalu.

Namun nasibnya berubah apabila video dia dan anak lelakinya Simon menyanyi di dalam kereta ketika memandu sekitar Blackburn menjadi viral di Internet.

Si Nyanyuk Usia 80 Tahun Dapat Tawaran Rakam Lagu

Si Nyanyuk Usia 80 Tahun Dapat Tawaran Rakam Lagu

Syarikat rakaman Decca Records memutuskan untuk berbuat demikian selepas video berkenaan ditonton 40 juta kali menerusi YouTube.

Antara lagu yang dirakankan oleh McDermott ialah You Make Me Feel So Young dan Quando Quando Quando yang pernah dipopularkan oleh Frank Sinatra.


Kata Simon, 40 ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan.

Tambahnya, dia tidak menyangka dengan menyanyi dapat membantu ayahnya untuk menangani masalah yang dihidapi.

Difahamkan video berkenaan dimuat naik bertujuan untuk memberi kesedaran dan membantu Persatuan Alzheimer namun tidak menyangka tawaran yang lebih baik diperolehi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori