• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniwati Hashimah Yon Buat Korban Di Terengganu

oleh
13/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seniwati Hashimah Yon dari Singapura menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban pada 12 September.

Beliau tiba di Terengganu pada 9 September bersama 59 pelancong lain Singapura bagi menyertai program ibadah korban anjuran anak syarikat Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Sdn. Bhd. beserta sebuah syarikat pelancongan daripada Singapura.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai nenek berkata bahawa beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah korban di sini selain dapat melepaskan rindu untuk melawat Terengganu.

“Kali terakhir nenek datang ke sini ialah 50 tahun lalu. Banyak perkara yang nenek rindukan tentang Terengganu terutama penyunya.

“Kebetulan kawan nenek kata ada pakej pelancongan ibadah korban di Terengganu, jadi kami semua setuju menyertai program ini,” katanya yang kini berusia 77 tahun dan pernah menjadi pelakon semasa puncak kegemilangan filem Melayu di Singapura.

Antaranya ialah filem Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Singapura Dilanggar Todak dan Megat Terawis.

Seorang lagi rakyat Singapura, Halus Naim, 61 tahun, teruja apabila melihat ibadah korban yang dilakukan di perkarangan Balai Raya Kampung Bukit Wan.

“Kalau di Singapura penyembelihan dilakukan secara tertutup. Namun di sini sesiapa sahaja boleh melihatnya sendiri, malah kita boleh membantu melapah daging korban sebelum ia diagihkan.

“Saya juga seronok kerana orang kampung begitu baik melayan kami dan semangat kerjasama mereka sangat kuat hingga menjadikan aktiviti ibadah korban hari ini berjalan lancar,” katanya yang datang bersama suaminya, Ramli Khalil, 60 tahun.

Sebanyak tujuh ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan dengan bayaran S$270 (kira-kira RM817) untuk satu bahagian lembu dan S$350 (RM1,059) pula untuk seekor kambing.

Korban dimulakan seawal 9 pagi selepas solat sunat Aidiladha dengan kesemua pelancong Singapura itu turut dijamu gulai daging yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Pengurus Besar Unisza Tourism Sdn. Bhd., Lokman Hakim Abd Razak berkata pakej pelancongan ibadah korban itu diperkenalkan dalam siri promosi Beautiful Terengganu di Singapura sebelum ini.

“Program ini diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan dalam negeri terutama menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017. Insya-Allah program sebegini akan diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai pelancong dari luar,” katanya.

Kumpulan pelancong Singapura itu akan berlepas pulang pada 13 September. – Bernama/HAA

Tags: Aidiladha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd