VIRAL di laman sosial Facebook beberapa keping gambar ‘dulang boy’ yang hanya memakai kain pelikat dan berbaju T putih mengiringi sepasang pengantin.
Foto-foto sempoi ‘dulang boy’ itu dikirim oleh seorang pengguna media sosial bernama Daniel Ikram dan dimuat naik oleh laman Oh! Media.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik itu kelihatan sekumpulan lelaki berkain pelikat bersama dulang hantaran masing-masing.


Selain mengiringi pasangan pengantin mereka juga dilihat ‘berposing’ bersama-sama di sebatang jalan raya.
Bagaimanapun, laman tersebut tidak menyatakan di mana dan bila gambar-gambar itu dirakam.
Meskipun pasangan pengantin cuba menampilkan kelainan pada majlisnya. Namun sesetengah pelayar media sosial pula berpendapat sebaliknya.
“Biase je tak rare pun… Kalau pengantin yang pakai kain pelikat dengan kain batik pastu pakai topi sawah perghhh baru nampak rare,” tulis individu dikenali sebagai Cikgu Bachan.
Manakala Nick Sham pula, “Ni saja nak kelainan… Itu pun nak gaduh-gaduh.. biasalah zaman sekarang… yang penting viralnya.”
Foto yang tersebar itu menjadi viral di laman Facebook sehinggakan menerima 13 ribu likes dan lebih 1 ribu perkongsian serta hampir 600 komen. – MYNEWSHUB.CC

