Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Fizz Fairuz Dedah Wajah...

SEKARANG ni menjadi anak selebriti pun turut mendapat tempias glamor yang sama seperti...

Mahkamah Turki Perintah Sekat...

ISTANBUL - Mahkamah Turki hari ini mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka...

Pelajar Tingkatan 2 Dakwa...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku...

Resepi Buat Pizza Guna...

BILA petang-petang begini, bermacam-macam juadah seperti kuih-muih, kek dan pisang goreng mesti muncul di...

33,652 Kes Direkodkan SPAD Sejak Tahun 2011

KUALA NERUS – Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011 sehingga Ogos tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata antara kesalahan paling tinggi dicatatkan melibatkan lori iaitu sebanyak 12,710 serta teksi 10,547 kes.

“Bagi lori kesalahan keselamatan, lebih muatan serta tayar botak paling banyak dikesan yang mana hampir 5,000 kes membabitkan kesalahan keselamatan diikuti terlebih muatan 2,807 kes.

“Bagi teksi pula kesalahan yang banyak dikenakan tindakan seperti tiada permit serta beroperasi tidak menggunakan meter,” katanya kepada pemberita selepas Program Latihan Peningkatan Imej Dan Profil (IMPRO), di sini, hari ini.

Menurutnya bagi teksi, lazimnya kes tertinggi direkodkan di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur dan lain-lain.

Beliau berkata daripada kesemua jumlah kes tersebut, sebanyak 98 peratus kertas siasatan telah disiapkan manakala bakinya masih dalam proses.

“Sebanyak 60 peratus daripada kes tersebut telah selesai, ada yang dikenakan kompaun dan ada juga yang telah dituduh di mahkamah,” katanya.


Sementara itu, Che Hasni berkata pihaknya juga komited untuk meningkatkan imej anggota dan pegawai SPAD menerusi program IMPRO yang mula dilaksanakan pada tahun lalu.

Katanya program itu dapat meningkatkan tahap profesional, mutu disiplin, kecekapan serta integriti para pegawai dan anggota.

Che Hasni berkata tugas SPAD bukan sahaja mengesan dan mengeluarkan saman semata-mata malah mereka juga turut membuka kertas siasatan untuk mengenakan tindakan lanjut kepada para pesalah.

“Selain meningkatkan imej, kita juga memberi pendedahan serta fokus khususnya melibatkan kertas siasatan kerana tugas penguatkuasaan tidak tertumpu kepada saman sahaja.

“Jadi, kita memang memberi penekanan dalam menyediakan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan menampilkan bukti yang kukuh sehingga pesalah diheret ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori