• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Muak Di Bawah Undang-Undang Syariah Negara Ini’

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA menyebut Mahkamah Syariah, sering kedengaran keluhan dan gambaran masyarakat bahawa ia adalah sebuah Mahkamah yang lambat menyelesaikan kes.

Apakah punca sebenar yang menyebabkan Mahkamah Syariah sering menjadi sasaran masyarakat berkata demikian?

Adakah prosedur di Mahkamah Syariah itu sendiri sengaja melambatkan sesuatu kes berbanding prosedur di Mahkamah Sivil?

Hal ini terjadi kepada seorang wanita apabila dia terpaksa menangung azab menunggu lebih enam tahun untuk menuntuk hak penceraiannya dengan bekas suaminya.

Prosedur yang lewat ini dalam masa yang sama, menyukarkan wanita itu untuk merencana masa depan jika penceraian dengan bekas suami masih tergantung.

Ayuh selami perasaan dan kesusahan wanita bernama Pial Khadilla Abdullah, yang sudi berkongsikan kisahnya di laman Facebook.

'Saya Muak Di Bawah Undang-Undang Syariah Negara Ini'

Saya tidak akan berkahwin lagi di bawah Undang-undang Syariah negara ini!

Saya benar-benar bosan, kecewa dan sedih dengan sistem yang mengecewakan. Saya telah memfailkan perceraian 6 tahun yang lalu. ENAM TAHUN LALU dan pada 23 Mei 2016, saya akhirnya mendapat perceraian saya.

Apabila hakim membacakan keputusan itu, saya begitu gembira, ia adalah kata-kata termanis paling bermakna pernah saya dengar.

Kemudian selepas 14 hari, pihak lelaki merayu terhadap keputusan hakim dan saya terkapai-kapai di sini sekali lagi. Perceraian tergantung dan menanti untuk proses rayuan, yang mana sehingga hari ini unit rayuan sendiri tidak pasti sama ada mereka telah menerima kenyataan rayuan tersebut, tetapi mahkamah tidak boleh mengeluarkan surat perceraian saya kerana rayuan telah dibuat.

Berapa lama lagi??? Berapa lama lagi Mahkamah Syariah Malaysia??? Saya ketandusan wang dan letih. Untuk perbicaraan rayuan ini, saya harus mengupah peguam dan mengeluarkan wang beribu ringgit lagi.

Puas hati awak Ahmed? Saya tahu awak membaca status ini. Saya tahu itu niat awak, untuk buat saya kehabisan wang tanpa memikirkan kesemua duit itu sepatutnya digunakan untuk anak-anak.

Enam tahun penantian dan sekarang saya harus menunggu lagi. Untuk berapa lama?

Bila agaknya Mahkamah Shariah atau mereka yang berkuasa untuk bersuara atau melakukan sesuatu akan mengambil tindakan? Agaknya jika saya membunuh diri baru kes seperti ini akan mendapat perhatian. Selagi saya masih hidup, selagi itu saya akan bersuara tentang apa yang berlaku sekarang adalah contoh sebenar bahawa wanita di negara ini diabaikan dan tidak dipertahankan oleh undang-undang keluarga mahkamah shariah.

Di mana-mana ada saja pemerkasaan wanita di sana sini, disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi. Ini soalan saya kepada anda; apa yang anda perkasakan sebenarnya???

Hari ini, saya mempunyai empat kes.

  • Rayuan untuk perceraian tersebut
  • Hak penjagaan anak
  • Nafkah anak
  • Hak untuk melawat anak

Semua kes diuruskan secara berasingan dan setiap satu memerlukan jumlah wang yang berasingan.

Semuanya bermula 6 tahun lalu. Kenapa ia mengambil masa yang begitu lama? Orang bertanya kepada saya. Saya TIDAK TAHU. Apa yang salah? Siapa yang harus dipersalahkan? Saya TIDAK TAHU. Saya hanya tahu saya akan berjuang sehingga mati untuk mendapatkan perceraian ini. Tiada siapa yang boleh memaksa saya untuk bersama dengan seseorang yang saya tidak mahukan lagi. Kepada semua pejuang hak-hak wanita di luar sana. Lakukanlah sesuatu yang bermakna. Bantulah wanita yang sedang mempertahankan hak mereka dalam perkara seperti ini.

Pagi ini di mahkamah, saya menyaksikan perbicaraan satu pasangan tentang nafkah anak. Si ayah begitu cerewet sehingga mempersoalkan harga ayam dan ikan kerana merasakan RM180 sebulan untuk kos makan seorang anak terlalu mahal?

Demi Tuhan! Apa yang telah berlaku kepada nilai kemanusiaan? Saya amat sedih dan dan tidak percaya sesiapapun yang memberitahu saya tentang sistem yang sudah ditetapkan. Kerana ia tidak seharusya begitu! Banyak lagi yang boleh dilakukan.

Kongsikan status ini kepada seramai orang yang mungkin, dan saya harap sesiapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu kepada sistem kita AKAN mengambil tindakan tentang perkara ini. Perjuangkanlah untuk setiap nafkah anak yang tidak dibayar. Untuk setiap wanita yang emosi dan hidupnya terseksa kerana menunggu bertahun-tahun untuk proses perceraian selesai. Untuk wanita yang kehilangan hak keatas dirinya sendiri. Ketelusan, keadilan dan penguatkuasaan perlu untuk masa depan yang lebih baik bagi pihak lelaki dan wanita.

Luahan insan yang letih fikiran dan emosi.

Seorang ibu dan wanita.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Pial Khadilla Abdullah

Tags: luahan hatiMahkamah Syariahstatus facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

04/06/2024
1

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah...

Pengurusan Mahkamah Syariah Perlu Diperkasa, Ditambah Baik – Agong

Pengurusan Mahkamah Syariah Perlu Diperkasa, Ditambah Baik – Agong

23/09/2023
0

BERA : Pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd