• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Didakwa Terima Suapan RM700

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang sarjan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM700, dua tahun lepas.

Rijali Solah, 55, yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat jenayah narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan didakwa menerima wang tersebut sebagai dorongan bagi membantu menukar keputusan ujian air kencing ke atas Mohd Hizzam Hussin, 38.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Kak Chaq Ikan Bakar dalam daerah Kuala Muda, kira-kira 2.10 petang pada 12 Mei 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan ikat jamin berjumlah RM10,000 sebelum tertuduh yang diwakili peguam, S.P. Raman merayu wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim Zanol Rashid Hussain kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Sept depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd