Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mengenai Kos Sara Hidup,...

KUALA LUMPUR – Rakyat kini sedang menunggu-nunggu pembentangan Bajet Negara 2018 yang Perdana...

Delegasi Brunei Tertarik Masakan,...

SETIU – “Terasa bagai nak menitis air mata apabila melihat sambutan mesra penduduk...

Telefon Pintar Boleh Uji...

MIAMI - Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki. Menurut penyelidik...

“Serang Saya, Bukan Serang...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak tampil mempertahankan Dewan Perniagaan Melayu...

SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak RM889 Juta

KUALA LUMPUR – SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan dan pembinaan, dengan nilai gabungan kira-kira RM889 juta (US$215 juta).
Dalam satu kenyataan hari ini, SapuraKencana berkata, kontrak tersebut ialah Projek RTR Saluran Paip Kluster B127; peruntukan tender kerja-kerja bantuan pelantar gerudi SKD Pelaut dan peruntukan perkhidmatan penyenggaraan dalam air bagi Unit Pengeluaran Luar Pesisir Mudah Alih (MOPU) Sepat.

SapuraKencana berkata sebuah konsortium, SapuraKencana TL Offshore Sdn Bhd dan SapuraKencana HL Sdn Bhd diberi kontrak 20 bulan oleh Oil and Natural Gas Corp Ltd berkaitan dengan Projek RTR Saluran Paip Kluster B127.

“Skop kerjanya merangkumi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan melengkapkan 11 sistem saluran paip dan pengubahsuaian bahagian atas yang berkaitan di B127 dan di sekitar lapangan Mumbai High yang terletak di luar pantai barat India,” katanya.

Katanya SapuraKencana Drilling Asia Ltd telah diberi kontrak oleh Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd bagi peruntukan tender kerja-kerja bantuan pelantar gerudi SKD Pelaut.

“Kontrak tersebut berdasarkan kerjasama jangka masa panjang antara Brunei Shell Petroleum dan SapuraKencana di mana Brunei Shell Petroleum akan terus menggunakan SKD Pelaut sebagai penyelesaian teknikal yang ditempah untuk kempen pembangunan penggerudian luar pesisir Brunei Darussalam.


“Kontrak tersebut adalah bagi tempoh dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun,” katanya.

Sementara itu, katanya, SapuraKencana Subsea Services Sdn Bhd (dahulunya di kenali sebagai SapuraKencana Allied Marine Sdn Bhd) telah diberi projek dua bulan oleh PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk peruntukan perkhidmatan penyenggaraan dalam air bagi MOPU Sepat.

“Skop kerja tersebut terdiri daripada pemeriksaan, penyenggaraan, pembaikan, sokongan kerja penggerudian dan kerja lain bagi kemudahan dalam air PCSB untuk dilaksanakan dalam air dan luar pesisir Semenanjung Malaysia pada kedalaman air 0-2,000 meter, melibatkan kerja penyelam pada kedalaman air 0-300 meter di lapangan MOPU Sepatember,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori