Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Pertahanan Longlai Buat Wenger...

LONDON - Pengendali Arsenal, Arsene Wenger berang dengan jentera pertahanannya yang membiarkan Anderlecht...

Hajiji Masih Ketua Menteri...

KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji...

Amaran Ribut Petir, Hujan...

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa...

Tindakan MAS Pecat Pramugara...

Pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang...

Sangka Baik & Nilai Istiqamah, Banyak Kritik Dilempar

BANYAK kegemparan terjadi berhubung isu Safiey Ilias yang kini muncul semula dengan imej pondan. Banyak kritik dilemparkan terhadap Safiey. Dahsyat dan keras sekali kebanyakkan teguran bernada marah.

Dalam kes ini yang menegur tidak penting. Semua orang kita terlatih dan sangat hebat kalau berpeluang membuat teguran. Penyamun pun sekelip mata boleh bertutur dengan nada ulama apabila mendapat peluang menegur.

Safiey pada Disember 2015 menimbulkan fenomena apabila mendedahkan di media baharu mengenai usahanya menjalani pembedahan mengeluarkan implan payudara.

Safiey dilahirkan lelaki.

Justeru, apabila dia mahu meninggalkan dunia pondan dan kembali menjadi lelaki, pasti ramai yang menyokong.

Menyokong Safiey kembali ke fitrah adalah satu usaha dakwah. Menyokong manusia kembali ke jalan insan adalah satu pekerjaan bagi setiap muslim yang bertaqwa.

Ketika Safiey berhijrah, kisahnya disiarkan melalui program Penghijrahan Fenomena TV AlHijrah. Tiga episod penuh Safiey berkongsi suara hati penghijrahannya.

Justeru, tidak hairanlah apabila khabar Safiey kembali bergaya pondan, ramai yang terkejut.

Seorang artis terkenal pagi-pagi hari menaikkan status mengkritik Safiey. Malah, mengkritik TV AlHijrah dengan segala macam peringatan dan pengajaran.

Dakwah bukan soal menang. Dakwah bukan soal kita membariskan segala amal kita seperti mempamer award dunia hiburan. Dakwah ialah usaha. Usaha istiqamah kita dalam mencari redha Allah.

Apakah artis ini meminta pendakwah berhenti berusaha?

Atau berharap pendakwah jangan berdakwah bagi kes-kes yang dicurigai hasilnya? Dakwah bukan pelaburan duniawi. Usaha dakwah bukan tempat kita memilih untuk berbangga-bangga dengan senarai kejayaan kita.

Safiey orang baik secara personaliti.

Mengenalnya dengan sedikit mata insan akan membuka relung hati kita memahaminya.

Pada usia muda, dia digoda ujian yang khusus Allah turunkan pada yang senasib dengannya. Pada usia muda juga Safiey rebah dan kemudian pada usia muda Safiey insaf. Kini pada usia muda Safiey kembali rebah.

Mengkritik Safiey tidak menyelesaikan isu. Namun pengkritik yang daring akan mampu mencuri perhatian.


Kalau bernasib baik, pengkritik akan lebih diperhatikan melebihi  Safiey itu sendiri. Justeru, berhati-hati dalam mengkritik agar daring kritikan kita tidaklah dilihat macam mencari populariti di tengah-tengah isu Safiey.

Beberapa rakan pondan yang saya kenali berada di Tanah Suci. Alhamdulillah, dijemput Allah menjadi dhuyufurahman. Saya akan meminta mereka berdoa pada Allah untuk Safiey.

Saya kenal pondan sejak berusia 18 tahun kerana berkerja dalam industri filem.

Siapa saya? Itu tidak penting.

Siapa Safiey, itu konteks lebih utama. Bagi yang berusaha membantu Safiey, jangan kecewa. Allah bukan menguji Safiey, Allah juga menguji istiqamah kita.

Jangan melenting atau kecewa. Doa masih senjata kita. Allah takkan merampas kehebatan doa dari setiap mukmin.

Kita masih ada senjata saling menasihat atas nama siratulrahim muslim. Sekali pun Safiey kembali menjadi pondan, itu bukan bererti Allah merampas kasih-sayang sesama kita.

Istiqamah bukan sahaja untuk Safiey. Istiqamah juga untuk kita yang mahu berdakwah. Bangunlah pada malam hari, dengan kasih-sayang sama-sama berdoa untuk Safiey. Kirimkan pesan pada teman-teman di Tanah Suci agar berdoa untuk Safiey. Inilah kasih-sayang dalam Islam. Itu lebih baik berbanding mencela.

Kepada Safiey, jangan putus asa. Iman seperti memanjat batu licin berlumut. Panjat jatuh panjat jatuh kerana batu berlumut memang licin. Tetapi kekerapan memanjat akan menyebabkan lumut luntur dari batu. Akhirnya, batu kering dan kesat. Insyaallah waktu itu kita sampai ke puncak

Jangan gentar pada dugaan. Jatuh bangun hadapi dugaan adalah warna kehidupan. Bangunlah lagi Safiey, anda tidak jatuh untuk lumpuh. Anda jatuh untuk bangun lagi.

Insyaallah.

Tiada yang kita takut kecuali pada Allah Maha Pengasih. Kita takut kerana kasih-sayang Allah selalu ada meski pun kita kerap lupa.

Ya Allah. Selamatkanlah saudaraku Safiey. Aku mohon dengan seluruh cintaku pada-Mu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori