• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Malaysia Lebih Bermakna Buat PM

oleh Ahmad Albab
16/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan sambutan Hari Malaysia tahun ini lebih bermakna kerana pelbagai projek pembangunan di bawah Program Transformasi Negara sudah menampakkan hasil.

Dalam perutusan bersempena Hari Malaysia hari ini, Perdana Menteri berkata dalam masa tujuh tahun ini, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan menjadi asas kepada struktur kukuh ekonomi negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi memudahkan rakyat Malaysia saling berhubung, kerajaan membangunkan projek Mass Rapid Transit (MRT), projek Transit Aliran Ringan LRT 2 dan 3, serta Bas Rapid Transit.

“Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar-bandar utama dari Kuala Lumpur ke Singapura akan meningkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang laluan berkenaan termasuk menaikkan nilai hartanah di bandar-bandar persinggahan.

“Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur dipanjangkan lagi dengan pembinaan fasa kedua sepanjang 185 kilometer (km) manakala di Sabah dan Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo sedang dibina bagi meningkatkan aktiviti ekonomi di sana,” katanya menerusi ucapan audio dalam laman blog rasminya www.najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi di ibu negara, bangunan pencakar langit ikonik seperti KL118 dan Tun Razak Exchange sedang dibina.

Kerajaan turut membina lebih banyak rumah mampu milik seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Transit.

“Bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan, kita membina lebih banyak Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

“Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pula dibina bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya sambil menyifatkan pembangunan itu membolehkan ekonomi negara kekal utuh walau diasak pelbagai faktor luaran.

Beliau berkata walaupun dikritik, kerajaan terus komited mengukuhkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Tags: Hari MalaysiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

05/09/2023
0

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd