Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Otak Kelawar “Mendidih” Australia...

SYDNEY – Ratusan ekor kelawar mati akibat cuaca yang terlampau panas di Australia,...

Bomba Selamatkan Lelaki Sesat...

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk menggunakan laluan hutan yang lebih mencabar untuk...

Jep Akui Sedia Terima...

HUBUNGAN akrab antara pelawak, Jep Sepahtu dengan Sari Yanti yang kini dikatakan sebagai...

Pendapatan Ronaldo Paling Tinggi

London - Cristiano Ronaldo kini menjadi atlet berpendapatan paling tinggi di dunia selepas...

‘Rugi Anak Melayu Tak Rebut Peluang Belajar Di KPTM..!’

SONGKOK yang dipakai menjelaskan semangat ‘Melayu’ yang begitu menebal dalam diri beliau. Tutur katanya pun begitu yakin dan bersemangat tatkala bercakap tentang institusi pendidikan yang dinaunginya.

Kesempatan bertemu Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris baru-baru ini, memberi input tentang satu lagi jasa besar Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada anak bangsa dalam bidang pendidikan.

'Rugi Anak Melayu Tak Rebut Peluang Belajar Di KPTM..!'
Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris.

KPTM, anak syarikat MARA yang juga salah satu peneraju Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini — jauh berbeza jika dibandingkan dengan IPTS lain.

Ditubuhkan pada 1 September 2003, KPTM bermula dengan sembilan kampus di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai program pendidikan merangkumi bidang kejuruteraan, sains sosial, kejururawatan, teknologi maklumat dan bidang profesional di bawah badan-badan profesional terkemuka.

Baca: KPTM Ke Arah Pembangunan Negara Bangsa

Jauh dari orientasi keuntungan, kebanyakan cawangan KPTM terletak di kawasan luar bandar termasuk di Semporna, Sabah dan Gua Musang, Kelantan. Terkini kampus kesepuluh dirancang bakal dibuka di Bera, Pahang.

“Saya amat berbangga dengan perkembangan KPTM yang pada awalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) ketika ditubuhkan 3o tahun lalu,” ujar Ahmad Nazlan.

Ianya merujuk kepada kejayaan institusi pendidikan milik penuh MARA yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu melakar sejarah tersendiri apabila kampus cawangan Kuala Lumpur telah dinaiktaraf menjadi kolej universiti seterusnya dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur.

'Rugi Anak Melayu Tak Rebut Peluang Belajar Di KPTM..!'

Menjelaskan tentang hala tuju dan keberhasilan yang ingin dicapai di bawah pimpinannya, Ahli Parlimen Jerantut ini memetik konsep ‘Sehati Sejiwa’ yang diterap bagi menyatukan warga KPTM selain menyemai semangat kesetiaan dan rasa sayang kepada organisasi yang memayungi mereka.

“2016 adalah titik permulaan bagi seluruh warga KPTM mengukir lebih banyak kecemerlangan sekaligus menjadikan KPTM lebih mapan dari segi kestabilan pendapatan, daya saing pendidikan, penyediaan kualiti perkhidmatan, pembangunan dan infrastruktur dan sebagainya.

“Semua warga KPTM diterapkan iltizam untuk sama-sama mengangkat martabat Bumiputera melalui sistem pendidikan yang disediakan oleh MARA,” ujarnya yang pernah bergelar guru besar di beberapa buah sekolah serta menyandang jawatan pegawai pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah di Jerantut.


REBUTAN MAJIKAN

Meneruskan bicara berkenaan KPTM dan sumbangannya kepada anak bangsa, Ahmad Nazlan menjelaskan tentang kualiti setiap pelajar kelahiran institusi ini yang diberi nilai tambah bagi membentuk keseimbangan pendidikan dari semua aspek termasuk pelbagai kemahiran tambahan.

'Rugi Anak Melayu Tak Rebut Peluang Belajar Di KPTM..!'
Setiap pelajar KPTM diberi nilai tambah bagi membentuk keseimbangan pendidikan dari semua aspek termasuk memiliki pelbagai kemahiran tambahan.

Hasilnya pelajar KPTM bukan sahaja mempunyai kebolehpasaran hingga mendapat kepercayaan majikan malah berupaya membuka perniagaan sendiri selepas menamatkan pengajian, sekaligus memenuhi aspirasi MARA dalam melahirkan usahawan.

“Semua ini hasil komited pihak KPTM dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan kerjasama dengan pihak industri. Kita akan memastikan setiap mahasiswa menghabiskan pengajian dan melihat apa bidang yang diambil seterusnya memberi nasihat serta tunjuk ajar untuk membolehkan mereka tahu hala tuju selepas bergraduat,” jelasnya.

Berdasarkan rekod, lulusan KPTM bekerja dalam berbagai-bagai bidang, sebahagian besarnya di sektor swasta tempatan, syarikat multinasional, badan berkanun dan sektor kerajaan selain terlibat dalam perusahaan sendiri.

'Rugi Anak Melayu Tak Rebut Peluang Belajar Di KPTM..!'
Suasana pembelajaran dalam kelas yang kondusif.

Dalam pada itu, Ahmad Nazlan mengakui tugas memegang tampuk pimpinan KPTM merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul bagi membawa institusi berkenaan ke era yang lebih gemilang.

“Merasai sendiri denyut nadi KPTM membuatkan saya lebih bersemangat untuk memartabatkan institusi ini di persada dunia. Wadah perjuangan KPTM adalah satu, membantu dan menempatkan kejayaan anak-anak bangsa kita ke arah kegemilangan dalam melahirkan insan holistik.

“Saya akan pastikan KPTM terus mencapai kejayaan menyalurkan pendidikan kepada anak bangsa sekaligus menjadi sebuah IPT yang terkenal di peringkat dalam dan luar negara serta terus unggul ke hadapan, bukan sekadar menerima pelajar dalam negara malah menerima pelajar luar negara dan mengadakan kerjasama antarabangsa,” ujarnya.

Mengakhiri perbualan, Ahmad Nazlan melahirkan harapan agar KPTM terus menjadi pilihan anak bangsa Melayu kerana terdapat banyak kemudahan disediakan kerajaan apabila menyambung pengajian di sini, khususnya buat mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. – MYNEWSHUB.CC

*Pengambilan pelajar baharu untuk ambilan sesi Januari 2017 KPTM akan dibuka bermula 15 September ini namun tempat adalah terhad. Lepasan SPM/STPM dan Diploma yang ingin melanjutkan pengajian di KPTM boleh layari www.kptm.edu.my atau datang terus ke mana-mana kampus cawangan KPTM di seluruh negara.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori