• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Bakal Bintangi Filem ‘Goal!’ Dengan Bieber

oleh AK-47
01/09/2016
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAHAGIAN besar peminat bola sepak antarabangsa tentu sudah tidak asing lagi dengan trilogi filem Goal! dan berita terbaharu menyatakan bahawa filem keempat daripada siri tersebut bakal dikeluarkan tahun depan.

Penyanyi terkenal yang berasal dari Kanada, Justin Bieber, dikhabarkan akan memainkan peranan sebagai seorang pemain bola sepak berbakat Amerika Syarikat (AS), yang akhirnya dibeli oleh kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.

Menurut laporan media AS, jalan cerita tersebut akan membolehkan Bieber memiliki peluang berlakon dengan Cristiano Ronaldo. Pemain Portugal itu akan muncul dalam salah satu babak yang menunjukkan Bieber sedang beraksi di atas padang.

Media turut melaporkan mengenai kemungkinan penglibatan tokoh ternama lain, David Beckham. Bekas pemain England tersebut sebelum ini pernah terlibat dalam dua siri pertama Goal! yang dikeluarkan pada 2005 dan 2007.

Ketika itu beliau masih lagi menjadi pemain Real Madrid. Lebih menarik, sekuel terbaharu Goal! bakal menampilkan pelakon veteran AS, Clint Eastwood yang khabarnya akan melakonkan watak sebagai datuk kepada Bieber.

Filem ini khabarnya akan membelanjakan kos kira-kira 115 juta euro (kira-kira RM523 juta) dan diterbitkan untuk ‘membakar’ semangat peminat sukan popular itu menjelang Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.

Bieber sendiri memang dikenali mempunyai minat pada dunia bola sepak, waima sebelumnya dia pernah kelihatan berlatih di kelab Barcelona, Sepanyol dan Chelsea, England. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakCristiano RonaldoJustin Bieberpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd