• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentetan Isu Rasuah Sangat Malukan Melayu

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANYAK yang mendukacitakan kita sebagai Melayu apabila bercakap soal rasuah. Melayu memimpin negara sejak merdeka; meneruskan kesinambangan status quo Melayu sebagai bangsa yang memimpin kebangkitan perjuangan kemerdekaan dan agenda mengisi pembangunan sahsiah kemerdekaan.

Bangsa Malaysia adalah berteraskan aspirasi Melayu sebagai bangsa utama dalam pembentukkan negara bangsa. Ini terbukti melalui penguasaan Umno sebagai parti majoriti yang menguasai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai pilihanraya sejak 1955.

Apabila kes-kes rasuah terkini membabitkan nama-nama Melayu yang mewakili institusi perbankan berkaitan kerajaan Bank Rakyat, syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan peneraju pentadbiran ibu negara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita terkedu.

Wajah-wajah peneraju korporat dan senarai nama pengurusan tinggi yang menjalankan amanah pentadbiran kerajaan yang ditahan dan dituduh di mahkamah dengan pembabitan rasuah, ia meletakkan imej Melayu ditahap meragukan.

Semua ini (tiga kes babitkan TNB, DBKL & Bank Rakyat) terjadi sebagai kelangsungan setelah kes melibatkan pegawai kanan Melayu yang ditahan atas tuduhan melesapkan lebih RM100 juta wang Kementerian Belia & Sukan.

Akibat perbuatan segelintir Melayu, kedudukan bangsa Melayu sebagai pemimpin pelbagai sektor korporat dan agensi berkaitan dengan negara kini teruk tercalar.

Tidak mudah bagi Melayu menghadapi semua realiti buruk ini. Menyaksikan foto-foto wajah Melayu yang terpampang serta laporan media massa dengan senarai nama-nama berBIN terasa sangat menyebalkan. Apatah lagi, realiti ini juga merujuk Muslim sebagai agamanya.

Itu belum termasuk, membaca kenyataan pemimpin parti Melayu yang mengumumkan hadiah RM1 ribu untuk 624 pemimpin cawangan parti sebagai hadiah.

Masyaallah kamu Melayu! Apa sudah jadi sampai saban hari, Melayu tidak terpisah dengan perbuatan jenayah rasuah serta peri laku yang menjurus pada tabiat merasuah.

Bangsa Melayu bukan perasuah dan pemberi rasuah. Tiada sejarah dan bukti DNA yang sahih bagi perkaitan ini. Cuma, kenapa Melayu jadi sangat signifikan dengan rasuah?

Mudah. Kerana Melayu ini lupa pada identiti perjuangan dan sahsiah Islam sebagai pegangan tauhidnya.

Tidak mudah! Sesungguhnya tidak mudah untuk menanam sikap membenci rasuah atau memutuskan Melayu daripada belitan rasuah. Meskipun ketika imej dan maruah Melayu sudah teruk tercalar.

Secara stereotaip, Melayu akan kekal memimpin kerana persekitaran politik Malaysia. Sokongan unik yang diperolehi bangsa Melayu dari rakan-rakan Bumiputeranya turut nampak seperti akaun tetap.

Namun, gejala rasuah kini bakal menjadi sebab politik Melayu akan berpecah-belah dan sokongan rakan Bumiputera akan hilang.

Kehadiran Melayu generasi alaf 21 yang terdidik dengan intergriti Islam sebagai addin yang menentang rasuah pasti akan menghukum status quo Melayu sebagai kuasa utama kepimpinan negara.

Orang Melayu akan muak menyokong Melayu secara status quo sekiranya rasuah dibiarkan berleluasa.

Justeru, Melayu perlu sedar. Perpecahan politik boleh diperbaiki melalui kebijaksanaan Melayu menangani cabaran masa, tetapi kekecewaan orang Melayu terhadap rasuah akan menghadirkan protes kekecewaan yang mungkin mengakhiri status quo Melayu itu sendiri.

Sekiranya ini berlaku, maka bangsa Melayu bakal mengakhiri legasinya sebagai bangsa yang menguasai pentadbiran negara bangsa tercinta ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JenayahMelayupolitikrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maghribi Serbu Sel Daesh Rancang Serangan

Next Post

Ankabut Keluar Selepas 6 Tahun Spider ‘Bersawang’

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Ankabut Keluar Selepas 6 Tahun Spider 'Bersawang'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd