Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Seret Budak Macam...

NETIZEN dikejutkan dengan rakaman yang menunjukkan seorang wanita menyeret seorang kanak-kanak di sebuah...

Melaka Bakal Terima 40...

MELAKA - Kerajaan negeri bakal menerima 40 buah bas elektrik baharu secara berperingkat...

Jab. Kesihatan Labuan Tingkatkan...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan sedang mempehebatkan program untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit...

Skandal Kontrak Unisel: SPRM...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (Unisel) Kampus...

Remaja Dilarikan Sedang Jalani Sesi Kaunseling

Remaja perempuan yang dilarikan dua individu di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang semalam dikatakan sedang menjalani sesi kaunseling bagi memulihkan semangatnya.

Sementara bapa saudaranya, Jalaluddin Md. Zin, 50, berkata Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, masih dalam keadaan trauma dan enggan bertemu pihak media.

“Dia masih trauma. Biarkan dia rehat dahulu. Terima kasih,” katanya menerusi WhatsApp hari ini apabila diminta mengulas mengenai keadaan anak saudaranya setelah kejadian berkenaan.

Dalam kejadian 7 pagi itu, remaja berkenaan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn dilapor dilarikan dua lelaki bermotosikal ketika dia sedang menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn.

Nur Darleen Dazeera kemudiannya ditemukan berdekatan sebuah pasar raya, tujuh jam selepas kejadian.

Dia dipercayai ditinggalkan di situ setelah berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.


Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan hari ini berkata pihak polis telah mengenal pasti seorang daripada dua individu terbabit.

Suspek dikatakan berusia 25 tahun dan merupakan seorang penggangur serta mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Suspek dipercayai tinggal berhampiran rumah keluarga remaja itu. Kes disiasat atas kesalahan menculik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori