• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Johor Perlu Bangga Jadi Bangsa Johor Bersatu Padu

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat Johor perlu berbangga menjadi bangsa Johor yang bersatu padu dan sentiasa menjaga hubungan yang harmoni antara kaum dan agama yang berbeza.

“Sejak saya hidupkan semula semangat bangsa Johor yang telah diasaskan oleh Almarhum Sultan Ibrahim sejak tahun 1920an, saya dapat rasakan semangat perpaduan antara kaum di negeri Johor ini telah semakin meningkat,” titah baginda pada majlis jamuan teh bersama pemimpin masyarakat Tionghua negeri Johor di sini hari ini.

Baginda bertitah semua masyarakat di Johor mula merasa bangga yang mereka bernaung di bawah satu payung yang tidak membezakan kaum, keturunan atau asal usul mereka.

“Inilah semangat perpaduan yang mesti kita kukuhkan,” titah baginda.

“Mungkin ada orang-orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor ini dan mengatakan yang ia hanya membawa kepada perpecahan,” titah baginda.

“Bukankah penyatuan pelbagai kaum di bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik dengan agenda tersendiri yang membawa perpecahan? Janganlah kita hiraukan kata-kata orang tua yang seakan hilang akal ini,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah rakyat Johor perlu menunjukkan nilai dan budaya bangsa Johor yang beradab sopan, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Jangan biarkan perbezaan fahaman politik memecah-belahkan bangsa Johor,” titah baginda.

Baginda turut membidas pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai agenda tersendiri untuk merebut kuasa pemerintahan.

“Mereka sering membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat. Mereka berjuang bukan lagi untuk kepentingan umum tetapi lebih untuk kepentingan peribadi,” titah baginda.

Titah baginda mereka ini menggunakan apa juga cara untuk mencapai matlamat mereka, malah sanggup melakukan huru-hara.

“Tetapi apabila keadaan tidak boleh dikawal dan rusuhan berlaku, saya pasti mereka akan lari meninggalkan negara ini dan membiarkan rakyat menanggung derita,” titahnya.

“Saya berharap rakyat saya bijak dalam membuat pilihan dan tidak terikut-ikut dengan fahaman politik sempit yang boleh meruntuhkan perpaduan hidup masyarakat di negeri ini,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah generasi muda perlu mengetahui tentang sejarah negeri dan bangsa Johor supaya tidak terpengaruh dengan hasutan yang boleh merosakkan masa depan mereka dan menggugat kesejahteraan hidup generasi akan datang.

“Kita sering bercakap tentang perpaduan kaum yang masih belum berjaya sepenuhnya. Puncanya adalah kerana masih wujud pendidikan asas atau sekolah rendah yang dipisahkan mengikut jenis kaum,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah untuk menghasilkan generasi baru yang bersatu-padu, mereka perlu dicampurkan dalam satu pendidikan asas yang seragam.

“Tidak boleh diasingkan mengikut kaum atau agama. Pendidikan asas inilah yang amat penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat berbilang kaum,” titah baginda.

Hampir 60 wakil pemimpin masyarakat Tionghua negeri Johor menghadiri majlis itu diadakan di Dewan Cina, Istana Besar di sini. – BERNAMA

Tags: Bangsa JohorSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Beritahu Dr. M, Baginda Tidak Campur Urusan PPBM

Next Post

Polis Tembak Mati Lelaki Bertindak Agresif

Related Posts

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat Perhatian Istana Johor

10/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka mendapat perhatian Sultan...

Next Post

Polis Tembak Mati Lelaki Bertindak Agresif

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd