Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lantikan Menteri Besar Johor...

JOHOR BAHRU - Majlis pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu akan diadakan...

BN Yakin Menang Berdasarkan...

REMBAU - Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Mick Mampu Teruskan Legasi...

KUALA LUMPUR - Satu-satunya pelumba Malaysia yang pernah beraksi dalam perlumbaan Formula Satu...

162 Premis Di Negeri...

SEREMBAN - Sebanyak 162 premis di Negeri Sembilan mendapat Sijil Perakuan Bomba bagi...

Proton Lancar Saga Versi Baharu

SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad melancarkan Proton Saga 1.3L generasi ketiga dengan reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal dan moden.

Model terbaharu ini dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Setia City Convention Center, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd., Datuk Ahmad Fuad Kenali.

Ini merupakan model versi pembaharuan ketiga yang berjaya dilancarkan oleh Proton dalam tahun ini sahaja selepas Perdana dan Persona.

Menurut beliau, pelbagai penambahbaikan peningkatan dilakukan terhadap Saga baru ini sejak model pertama mula diperkenalkan pada 1985.

Proton Lancar Saga Versi Baharu

Proton Lancar Saga Versi Baharu

Proton Lancar Saga Versi Baharu


“Saya yakin Saga baru ini bakal menjadi daya tarikan terutama kepada golongan muda yang mahu membeli kereta pertama atau sebagai kereta kedua.

“Reka bentuk baru ini lebih moden dan kontemporari selain dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini serta mampu milik,” kata Ahmad Fuad.

Saga baharu tersebut yang dilengkapi enjin VVT ini didatangkan dengan tiga varian automatik CVT dan satu model manual.

Harga yang ditawarkan bermula RM36,800 bagi versi manual standard, RM39,800 (CVT Standard), RM42,800 (CVT Excecutive) dan RM45,800 untuk CVT Premium. – Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori