• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Qi City Bernilai RM1.2b Bakal Siap 2 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Projek pembangunan strategik kerajaan negeri Perak Qi City bernilai RM1.2 bilion yang bakal dibangunkan di Bandar Meru Raya di sini, dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata projek itu akan dibangunkan oleh Green Ventures Capital (GVC), anak syarikat Warisan Qi Properties Group (WQiP) di atas tapak seluas 10.5 hektar yang diperuntukkan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

Menurut Zambry, projek pembangunan bercampur itu yang akan dibangunkan secara serentak terdiri daripada universiti, hospital, tiga blok kondominium, rangkaian runcit, dewan konvensyen yang dapat menampung sehingga 1,500 orang dan hotel.

“Hospital itu akan menjadi hospital untuk orang ramai dan juga hospital swasta, seperti Hospital Universiti di ibu negara dengan jumlah katil lebih kurang 800 buah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah tapak pembangunan projek itu, hari ini.

Beliau berkata dengan pembinaan Qi City itu ia secara langsung dapat mewujudkan eko-sistem yang boleh merangsang ekonomi di Bandar Raya Ipoh khususnya dan Perak secara amnya.

Menurutnya, projek itu merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan negeri bagi menjadikan Perak sebagai hab pelancongan perubatan.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk di bangunkan menjadi hospital swasta.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mewujudkan Bandar Universiti di Seri Iskandar dan jangkaan kita adalah untuk menjadikan Perak sebagai hab pendidikan dan perubatan dengan menyediakan kemudahan, bukan sahaja untuk rakyat Perak malah sesiapa sahaja di seluruh dunia,” kata Zambry.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Qi Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata pihaknya amat berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi kerajaan negeri, bukan sahaja dalam membangunkan wawasan negeri Perak, malahan membantu memberikan daya positif kepada perubahan ekonomi negeri ini.

“Pembangunan Qi City bukan sahaja akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Ipoh di masa hadapan, tetapi saya juga percaya bahawa kemudahan pendidikan dan kesihatan yang akan ditawarkan tentunya akan menjadi jambatan bagi Malaysia mengeratkan hubungan dengan negara Asean yang lain,” katanya.

Menurutnya, kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Perak telah membuatkan pelabur berkeyakinan untuk melabur di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ditahan Seludup Rokok Kretek Bernilai RM100,000

Next Post

Pemilik Spa Didakwa Tipu Eksekutif Lebih RM7 Juta

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Next Post

Pemilik Spa Didakwa Tipu Eksekutif Lebih RM7 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd