• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Kecergasan Jambatan Kukuhkan Perpaduan

oleh Ahmad Albab
03/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Program kecergasan bukan sahaja melahirkan masyarakat sihat dan cergas malah berupaya menjadi jambatan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata penganjuran program itu yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan agama membolehkan rakyat disatukan di bawah program sama.

“Malahan, penyertaan pelbagai peringkat umur juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim seterusnya mampu memantapkan hubungan institusi kekeluargaan.

“Kita bukan sahaja sihat dan mengurangkan risiko obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit lain iaitu jantung, darah tinggi dan diabetis tetapi yang lebih penting kita dapat bersatu tak kira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Flag-Off Tawau Run 2016 di sini, hari ini.

Menurut Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, program kecergasan seperti itu perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak bermusim bagi menggalakkan masyarakat membudayakan penjagaan kesihatan dan pemantapan perpaduan.

Program berkenaan berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 peserta yang berlari sejauh 10 kilometer bermula dari Kompleks Sukan Tawau kemudian ke laluan termasuk Jalan Utara Baru dan Jalan Kuhara sebelum kembali ke kompleks tersebut.

Mohd Azmi Abgain dinobatkan juara bagi kategori lelaki senior, manakala Christine Donald pemenang wanita senior.

Kategori lelaki junior pula dimenangi oleh Mohd Saiful Abd Jalila dan pemenang wanita junior adalah Yew Chi Zhua. – BERNAMA

Tags: masyarakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd