• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdullah Kassim Meninggal Akibat Kanser Paru-Paru

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Prof Madya Abdullah Kassim meninggal dunia akibat kanser paru-paru di rumahnya di Shah Alam, awal pagi tadi.

Isterinya, Zaimah Mokhtar, 63, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 2 pagi pada usia 70 tahun dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, kira-kira 9 pagi tadi.

“Mula-mula Allahyarham menghidap penyakit tiroid dan tiba-tiba ia mula membengkak sehinggalah menjangkiti paru-paru hingga menyebabkan kanser.

“Kami mendapat tahu penyakit kanser ini dua bulan lalu. Sejak beberapa minggu lepas arwah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Khamis lepas arwah dibenar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat anak perempuan serta sembilan cucu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya, berkata beliau tidak sempat melawat Allahyarham di hospital, tetapi dapat berkunjung ke rumahnya sebelum Aidiladha.

Azizul yang juga bekas pelajar Allahyarham menyifatkannya sebagai contoh yang baik dalam bidang pendidikan, seorang yang sangat dihormati dan sering memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada rakan dan pelajar.

Katanya antara bekas pelajar Allahyarham Abdullah adalah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab berkata Allahyarham merupakan bekas pensyarahnya yang pernah mengajar Kesusasteraan
Melayu dari tahun 1977 hingga 1980.

“Beliau yang menemu duga saya di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan untuk pemilihan memasuki Fakulti Komunikasi Massa, UiTM Shah Alam pada 1977.

“Moga diampuni segala dosanya oleh Allah SWT dan dimasukkan ke syurga dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Prof Madya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd