• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Nigeria Mengaku Tiru Ucapan Obama

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lagos – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari meminta maaf kerana meniru ucapan kemenangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 2008 dan berjanji menghukum sesiapa yang bertanggungjawab.

Muhammadu pada minggu lalu menyampaikan ucapan sempena pelancaran kempen ‘Perubahan Bermula Dengan Saya’ yang bertujuan membasmi rasuah di negara yang dihimpit kelemahan pentadbiran dan kemiskinan itu.

Bagaimanapun, satu perenggan ucapan itu didapati meniru ucapan Obama selepas diumumkan pemenang pilihan raya presiden AS pada 2008.

“Persamaan ucapan Obama pada 2008 dengan perenggan sembilan daripada 16 perenggan ucapan yang dibaca Muhammadu adalah terlalu hampir untuk dianggap sebagai kebetulan,” kata pejabat Presiden Nigeria dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu, Muhammadu menyeru rakyat memfokuskan mesej perubahan yang diperlukan bagi mengembalikan nilai-nilai murni dalam sistem negara itu.

“Mereka yang bertanggungjawab dalam kesalahan ini akan dihukum,” tambahnya.

Ucapan itu juga menyebabkan Muhammadu menjadi mangsa usikan di laman sosial. – Agensi/myMetro Online

Tags: Barack ObamaNigeria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd