• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Tahan 37 PATI Dalam Operasi Khas Di Sandakan

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan sebanyak 37 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Operasi Khas yang diadakan tiga hari berakhir semalam, di kawasan perairan laut Sandakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata tumpuan operasi dilakukan di kawasan perairan laut Sungai Batu 2 hingga ke perairan laut Tabangka meliputi perairan Pulau Nunuyan.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri 17 lelaki dewasa, 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang berumur antara empat dan lima tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Turut ditahan, empat lelaki warga Filipina yang menjadi juragan bot dan polis turut dirampas sebuah pam bot bersama enjin dan tiga bot laju berserta enjin yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM39,905,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah 629 paket minyak masak yang bernilai RM1,572.50 dipercayai untuk diseludup ke Selatan Filipina.

Mohamad berkata dalam tangkapan pertama Selasa lepas, pada 12.30 tengah malam di perairan laut Nunuyan, pihaknya menahan lapan PATI serta merampas sebuah bot laju berserta enjin.

Katanya tangkapan kedua pada hari yang sama pada 12.30 tengah hari di Tanjung Lihak-Lihak Tabangka, pihaknya merampas 629 bungkus minyak masak.

Minyak masak berkenaan disimpan di sebuah pondok di atas pokok bakau yang ditutupi dengan tikar getah, dipercayai disimpan untuk diseludup ke kumpit-kumpit yang terdapat di perairan Filipina, katanya.

Beliau berkata tangkapan ketiga pada Rabu lepas kira-kira 12.30 tengahari di hutan bakau, Tanjung Nunuyan, sebanyak 20 PATI ditahan dan sebuah bot laju dengan satu unit enjin dirampas.

Dalam tangkapan keempat pada 12.30 tengah hari semalam, di perairan laut Pamaguan, sebanyak sembilan PATI ditahan dan sebuah bot laju bersama satu unit enjin dirampas.

Mohamad berkata bagi tangkapan PATI, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara rampasan minyak masak diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sandakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1960. – BERNAMA

Tags: PatiPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd