• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Wanita Kena Bela Diri Tuduhan Berkaitan Pengganas

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang anggota polis wanita membela diri terhadap pertuduhan tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, pada akhir kes pendakwaan.

Beliau juga berkata pendakwaan berjaya membuktikan Jusninawati mempunyai pengetahuan bahawa ada seorang individu hendak ke Syria pada 12 November 2014 tetapi tertuduh tidak memberi apa-apa maklumat kepada pihak polis mengenai perkara itu.

“Polis berperanan menjaga keamanan dan menegakkan undang-undang. Ini jelas bahawa sebagai anggota polis, tertuduh terikat dari segi undang-undang untuk memaklumkan segala maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Mahkamah menetapkan 10 November untuk tertuduh membela diri.

Jusninawati yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan di pejabat IPD tersebut di antara Ogos 2015 dan Mac 2016.

Polis wanita itu dituduh mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala peguam Nik Zarith Nik Moustpha dan Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili Jusninawati. – BERNAMA

Tags: anggota polispengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd