• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Hina Institusi Kesultanan Johor

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis semalam setelah didapati memuat naik kenyataan yang menghina Institusi Kesultanan Johor dalam laman sosial Facebook (FB).

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek melakukan perbuatan itu menerusi satu akaun yang didaftarkan atas nama ‘Shammeer Akhter’ dan satu laporan polis dibuat terhadapnya di sini kira-kira pukul 1.03 petang semalam.

“Pada hari yang sama, kira-kira pukul 10.30 malam di kawasan tempat letak kenderaan Pangsapuri Sri Inai, Jalan Pandah 22, Ampang Jaya di Selangor, polis berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai menjadi individu yang menggunakan akaun FB tersebut.

“Dia ditangkap bersama peranti-peranti berkaitan, dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas pensabitan.

Sejak satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini beberapa bulan yang lalu, lebih daripada 10 individu telah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama. – BERNAMA

Tags: hina sultanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd