• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Kelopak Peluru M16, 30 Peluru M16, Tahan 2 Beranak

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah merampas tiga kelopak peluru M16 dan 30 peluru M16 selepas menahan seorang lelaki warga Filipina dan anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Mangkalinau Batu 3, Sandakan, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata dua beranak yang masing-masing berumur 33 dan 13 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Salehhudin berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebilah pedang berserta sarung dengan anggaran panjang 65cm termasuk hulu pedang.

“Kedua-dua suspek adalah warga Filipina yang tidak memiliki keterangan diri dan tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah.

Salehhudin berkata kedua-dua suspek terbabit ditahan reman sehingga 26 Sept ini untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Beliau juga berkata polis masih menyiasat sama ada suspek lelaki itu mempunyai kaitan dengan mana-mana pengganas atau kumpulan militan. – BERNAMA

Tags: peluru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

12/11/2025
0

OLEH MYNEWSHUB Kuala Lumpur, 11 November — Republik Islam Iran dilaporkan sedang membangunkan keupayaan ketenteraan baharu yang mampu melancarkan sehingga...

Bom, Peluru Hidup Ditemui Dalam Stor Pili Bomba

21/10/2019
0

GEORGE TOWN - Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd