• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P.Pinang Nafi Dakwaan Namewee ‘Lokap Teruk’

oleh
02/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan penyanyi rap kontroversi Namewee kononnya lokap tempat dia direman iaitu Lokap Berpusat di Bayan Baru, dekat sini berada dalam keadaan buruk, teruk dan daif.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab meminta Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, agar membuat laporan polis berhubung dakwaannya itu.

“Polis ada prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai dan lokap di situ (Lokap Berpusat) boleh menempatkan mereka yang ditahan mengikut saiznya…jika ada tahanan yang sakit atau tidak sihat mereka akan dihantar ke hospital.

“Kalau betul dakwaan dia, buatlah laporan dan polis akan siasat. Untuk pengetahuan semua, Lokap Berpusat itu mampu menempatkan 280 tahanan dalam satu-satu masa dan di situ mempunyai pelbagai saiz lokap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan, di sini hari ini.

Thaiveegan bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan tempat beliau digantika Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Datuk Roslee Chik.

Namewee yang ditahan reman selama empat hari pada 23 Ogos lepas, susulan penghasilan klip video lagu ‘Oh My God’ yang didakwa menghina Islam mendakwa dia ditempatkan bersama 15 tahanan lain dari Myanmar, yang telah 30 hari ditahan.

Namewee menerusi laman sosial Facebooknya pada 27 Ogos, mendakwa mereka ditahan di bilik kecil, berkeadaan buruk dan terdapat tahanan warga asing yang mungkin meninggal dunia tanpa diberikan rawatan perubatan.

Abdul Ghafar berkata beliau tidak tahu mengapa Namewee membuat tuduhan sedemikian sedangkan polis telah memberi layanan yang baik kepadanya termasuk mengambil kira faktor kesihatan dia (sakit ulser dalam perut).

Beliau berkata siasatan kes Namewee berhubung video klip itu masih diteruskan dan setakat ini 15 orang telah direkodkan keterangan termasuk Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Saya jangka beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk bantu siasatan,” katanya.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dianggap menghina Islam. – BERNAMA

Tags: LokapNameweepolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd