• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P/Raya Diadakan Bukan Berdasarkan Pada Faktor Tunggal

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa pilihan raya diadakan bukan berdasarkan pada mana-mana faktor tunggal, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Ia berkata demikian sebagai penjelasan terhadap laporan berita bahawa Najib tidak bersetuju diadakan pilihan raya lebih awal sebelum tarikh akhir 2018.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan di Berlin, memberikan respons demikian kepada satu soalan sama ada pilihan raya awal akan diadakan di Malaysia berikutan isu yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd.

“Ia mesti diramalkan berasaskan bahawa kami mempunyai dasar-dasar baik di Malaysia. Kami berkhidmat untuk manfaat rakyat dan kami adalah kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia menuju masa depan.

“Kami mempunyai rekod kukuh dan kami akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik,” kata Najib, menurut PMO.
‎
PMO memberikan penjelasan terhadap laporan berita oleh Reuters dan The Malay Mail berhubung kenyataan Najib berkaitan isu sama ada pilihan raya umum akan diadakan lebih awal.

Perdana menteri sedang melakukan lawatan kerja di Jerman sejak Isnin lepas.

Semalam Reuters melaporkan bahawa Najib tidak bersetuju untuk pilihan raya diadakan lebih awal sebelum tarikh akhir 2018, dan telah berkata bahawa keputusan seumpama itu tidak sepatutnya dibuat berdasarkan pada ‘mana-mana faktor tunggal’.

“Kami bergantung kepada rekod kami. Kami mempunyai rekod kukuh dan akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik,” Najib dipetik sebagai berkata demikian oleh Reuters. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPMO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd