• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT, Bengaluru Hanya Seri 1-1

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih laluan sukar ke final apabila sekadar seri 1-1 dengan kelab India, Bengaluru FC pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi.

Biarpun beraksi di hadapan 18,410 penyokong sendiri, skuad Mario Gomez itu ternyata gagal memperlihatkan taring sebenar apabila tiada penyudah cemerlang dihasilkan.

Bermula babak pertama, permainan dilihat sudah lebih didominasi pasukan lawan apabila gawang JDT hampir digegar seawal minit kelima menerusi tampanan pemain pertahanan Bengaluru, John Johnson.

Harimau Selatan juga dilihat seperti hilang punca apabila gagal berterusan menyaingi keampuhan jentera kelab India itu sepanjang tempoh 15 minit pertama.

Namun, kelemahan itu pantas diperbaiki apabila pemain sayap JDT, Azinee Taib cuba melancarkan serangan dengan memotong hantaran cuai pertahanan lawan pada minit ke-36, namun rembatannya ke arah pintu gol tersasar.

Memasuki babak kedua, JDT, bagaimanapun tidak menunggu lama untuk meledakkan gol pembukaan hasil tandukan Pereyra Diaz yang memanfaatkan sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-52.

Akan tetapi, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila pemain tengah Bengaluru, Eugene Lyngdoh berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

JDT akan bertemu Bengaluru untuk aksi separuh akhir kedua di Stadium Sree Kantareeva, Bangalore, India, pada 19 Okt ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Betul Ke Fynn Jamal Kaki Spin, Hidup Dalam Halusinasi?

Next Post

Demam Pilihan Raya Daerah Di Indonesia Bermula

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

Demam Pilihan Raya Daerah Di Indonesia Bermula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd