• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Berbaju Melayu Curi Tumpuan Di LAJSM 2017

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang peserta Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang berlangsung hari ini mencuri tumpuan apabila berlari dengan mengenakan sepersalinan baju Melayu.

Mohd. Shahril Alias, 33, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu berkata beliau memakai pakaian tradisional itu bertujuan menaikkan semangat untuk dirinya dan peserta lain dalam misi menamatkan larian sejauh 21 kilometer itu.

Beliau yang menyertai larian itu sejak dua tahun lepas berkata kelainan dalam berpakaian akan diteruskan dalam acara itu pada tahun depan.

“Tahun lepas, saya mengenakan pakaian seragam sekolah, jika panjang umur dan berpeluang menyertai acara ini untuk kali keempat pada tahun depan, saya bercadang mahu memakai kostum nelayan pula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat acara berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata LAJSM 2017 akan dipromosikan secara besar-besaran sempena Tahun Melawat Terengganu pada tahun depan berikutan sambutan penyertaan yang meningkat setiap tahun.

Katanya, penganjuran acara bertaraf antarabangsa itu berjaya mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu lebih 50,000 penyertaan.

“Tahun lepas, kita dapat 30,000 penyertaan sahaja, kemudian saya beritahu Majlis Sukan Negeri supaya lebih banyak promosi dibuat dan Alhamdulillah hasilnya pada hari ini, kita berjaya dapatkan 50,219 peserta untuk acara ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 200 peserta adalah dari luar negara dan ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap industri sukan negeri malah akan meletakkan industri pelancongan Terengganu di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara itu di sini hari ini.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan dalam acara itu iaitu 42 kilometer (km), 21km, 12km, lima dan tiga kilometer untuk kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: baju Melayumarathon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Cipta Rekod Naik Tarif Air P.Pinang 3 Kali Sejak Perintah

Next Post

Abdullah Kassim Meninggal Akibat Kanser Paru-Paru

Related Posts

‘…Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?’ – Syed Saddiq Tersipu Diusik PM

‘…Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?’ – Syed Saddiq Tersipu Diusik PM

25/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini 'trending' di...

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Next Post

Abdullah Kassim Meninggal Akibat Kanser Paru-Paru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd