• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Mahathir-Agong Sia-Sia, Bidas Pimpinan BN

oleh AK-47
16/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam hanya sia-sia.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata tindakan Dr. Mahathir itu sekadar memenuhi syarat Deklarasi Rakyat menyerahkan tandatangan kepada Agong.

“Dr. Mahathir sedar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat dijatuhkan dengan Deklarasi Rakyat. Pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna mahupun perubahan dalam politik negara,” katanya kepada FMT.

Semalam, Dr. Mahathir mengadap Agung dan menyerahkan 1.4 juta tandatangan mendesak Najib meletak jawatan. Pertemuan itu diadakan di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada jam 4.30 petang dengan ditemani bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan disahkan pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT.

Selain itu, Bung berkata hanya 3 cara sahaja yang boleh menjatuhkan Najib iaitu Pilihan Raya Umum (PRU), undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan parti UMNO itu sendiri meminta Perdana Menteri disingkir. Sebaliknya, demontrasi jalanan, memorandum atau Deklarasi Rakyat tidak akan memudaratkan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Jadi, rakyat jangan terpangaruh dengan khabar angin yang tidak berasas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pertemuan 4 mata itu hanya membuang masa Baginda. Malah, Nazri mencabar jika mahu menjatuhkan Najib, Dr. Mahathir perlu memenangi PRU terlebih dahulu.

“Jika Dr. Mahathir mahu membazirkan seluruh hidup beliau, maka teruskan tetapi jangan bazirkan masa Agong.

“Negara kita mengamalkan pemerintahan mengikut parlimen dan sistem demokrasi. Tindakannya (Dr. Mahathir) tidak akan menjejaskan UMNO sama sekali,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga yakin pertemuan itu tidak akan menjejaskan sistem politik negara masa ini.

“Sistem politik sekarang melalui proses pilihan raya. Sudah pasti banyak pihak boleh jumpa Agong. Jadi itu juga proses biasa. Sekadar beri pandangan,” katanya.

Kali pertama Deklarasi Rakyat dibacakan kepada umum adalah pada 4 Mac lalu. Antara lain ia menuntut Najib melepaskan jawatan bagi membuka jalan kepada reformasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman. – FMT

Tags: BNBung MoktarMahathir MohamadUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Temui Senapang Patah Dilarikan 5 Perompak

Next Post

IRIMM Buat Laporan Polis Berhubung Himpunan Bersih 5

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

IRIMM Buat Laporan Polis Berhubung Himpunan Bersih 5

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd