• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan Jambang Unik… Ini Misai Ke Tanglung?

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA SYARIKAT – Setiap tahun akan ada satu pertandingan unik yang menarik perhatian netizen dan jadi bualan di media sosial.

Kejohanan Janggut dan Misai Kebangsaan yang diadakan setiap tahun bagi kaum lelaki ini merupakan satu pertandingan khas untuk mereka yang berkumis dan berjambang di Amerika Syarikat.

Pertandingan Jambang Unik... Ini Misai Ke Tanglung?

Tidak mempunyai sebarang syarat penyertaan, mereka yang mempunyai jambang yang lebat, panjang, pendek, nipis.. boleh menyertai pertandingan tersebut. Asalkan mempunyai jambang di muka!

Semua yang pelik boleh dilihat dalam pertandingan ini. Semuanya ada!

Pertandingan Jambang Unik... Ini Misai Ke Tanglung?

Pada tahun ini, pertandingan telah diadakan di Nashville Tennessee, pada 3 September lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Mereka yang mengambil bahagian bukan sahaja memiliki jambang yang kemas, malah ia juga dibentuk dan digayakan dengan unik.

Pertandingan tersebut dinilai berdasarkan beberapa kategori, antaranya Kumis Biasa, Kumis Emperial, Janggut Fu Manchu dan Janggut Garibaldi.

Pertandingan Jambang Unik... Ini Misai Ke Tanglung?

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kategori janggut gaya bebas juga mendapat sambutan terhangat pada tahun ini.

Bukan renang sahaja yang ada gaya bebas, jambang pun ada tau!

Selepas penilaian dijalankan, pemenang bagi kategori bebas tahun 2016 adalah Gary Faulkner, dengan misai dan janggut yang membentuk beberapa bulatan.

Ini misai ke tanglung sebenarnya…?

Pertandingan Jambang Unik... Ini Misai Ke Tanglung?

Tags: Jambangjanggutmisaipelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesempitan Hidup, Air Rebusan Nasi Ganti Susu

Next Post

Pelakon, Rakan Ditahan Tanam Ganja

Related Posts

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

10/04/2019
0

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semasa berucap dalam...

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

Next Post

Pelakon, Rakan Ditahan Tanam Ganja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd