Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Pernah Setuju...

KUALA LUMPUR - "Amat mengagumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh...

Rakyat Perlu Hargai Nikmat...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya sentiasa...

Pelajar Mati Dipukul Guru...

TERNATE (Indonesia) - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mati selepas dipukul...

OIC Kutuk Serangan Daesh...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef A. Al-Othaimeen...

Perlis Sedia Tawar Tempat Latih Atlet OKU Negara

KANGAR – Perlis bersedia dan berbesar hati jika diberi peluang berkongsi kemahiran serta menawarkan tempat latihan secara kondusif kepada pelapis atlet orang kurang upaya (OKU) dari seluruh negara.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata memandangkan negeri itu bakal memiliki sebuah sekolah sukan dilengkapi pelbagai kemudahan tidak lama lagi, kerajaan negeri berhasrat memberi tumpuan dalam melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

“Sekolah sukan sedang dalam pembinaan di negeri ini, jadi kita harap kerajaan persekutuan serta Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan perkara ini dengan serius.

“Kita mungkin boleh sediakan latihan khusus kepada atlet OKU dari seluruh Malaysia memandangkan lokasi sekolah itu di atas bukit dan berhadapan tasik. Ia sangat membantu dalam proses melatih atlet istimewa ini,” katanya.

Azlan ditemui pemberita selepas majlis penyerahan replika cek Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Perlis 2016 kepada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini.

Azlan menyerahkan dana HSN sebanyak RM242,500 kepada 15 ADUN dan tiga wakil Parlimen untuk pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat masing-masing pada 8 Okt depan.

Katanya kerajaan negeri menyasarkan penyertaan sebanyak 48,000 peserta iaitu 20 peratus daripada rakyat negeri ini dijangka menyertai HSN tahun ini.


Sementara itu, Azlan berkata 11 atlet OKU Perlis akan menjalani latihan intensif di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 Sept tahun depan.

Beliau berkata 11 atlet berkenaan merupakan antara penyumbang pingat emas pada Sukan Paralimpik Malaysia ke-18 di Sarawak, yang berlangsung dari 4 hingga 11 Ogos lepas.

“Walaupun saiz negeri ini kecil, Perlis membuktikan rakyatnya berjiwa besar dan mampu melahirkan atlet paralimpik berkualiti serta layak menempatkan diri bagi menjalani latihan intensif menghadapi Sukan Para ASEAN tahun depan.

“Saya harap peluang ini akan membuka ruang ke arah pencapaian lebih besar seperti dikecapi dua wira Perlis, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly pada Sukan Paralimpik di Rio,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori