Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Bintang AF1 Adakan Konsert...

PROGRAM Akademi Fantasia (AF) yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu bakal mengembalikan...

Kematian Akibat Selfie Lebih...

TERJATUH dari Taj Mahal, terjatuh dari jambatan dan terkena renjatan elektrik. Semua kes...

Agong Gesa Rakyat Waspada...

KUALA LUMPUR - Yang di-pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat...

Kerajaan PH Semakin Kuat...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini...

Perkhidmatan Feri P.Pinang Semakin Mengecewakan

GEORGE TOWN – Ramai pengguna berpendapat perkhidmatan feri di negeri ini semakin mengecewakan sejak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengurangkan perjalanannya mulai 1 Januari.

Pengguna tetap pengangkutan itu merungut mengenai perkhidmatannya yang semakin teruk dan tanpa sebarang tanda untuk ditambah baik.

Ahmad Khairul Ismail, 49, berkata beliau terpaksa menunggu lama untuk menaiki feri kerana pengangkutan itu semakin kurang hingga memberi kesulitan kepada penumpang sepertinya.

“Saya menggunakan feri sejak dulu lagi untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau ini untuk bekerja. Tetapi, jika keadaan perkhidmatan seperti ini berterusan, banyak orang seperti saya akan menanggung kesusahan,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Siti Nadiah Sukorr, 35, berkata feri menjadi ikon Pulau Pinang sejak sekian lama dan adalah menyedihkan melihat perkhidmatannya yang semakin teruk seperti sekarang.

“Pada waktu puncak dan musim cuti, kita dapat lihat kereta perlu beratur lama dan panjang hingga menyebabkan kesesakan di jalan utama.

“Saya tidak faham kenapa mereka (pihak pengurusan) mengurangkan jumlah feri… Apa yang saya lihat, orang masih menggunakannya biar apa pun keadaannya,” kata wanita itu.

PPSB mengumumkan bahawa hanya tiga daripada empat feri akan beroperasi sebagai langkah penjimatan kos berikutan penurunan jumlah kenderaan menggunakan kaedah pengangkutan itu untuk berulang alik antara tanah besar dan pulau.


Susulan pengurangan jumlah feri, jarak kekerapan bertambah sejam selepas 8.20 malam dengan feri pertama berlepas dari dok pada 6.30 pagi dan yang terakhir pada 11.30 malam dari pulau dan 11 malam dari tanah besar.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengemukakan surat cadangan kepada Putrajaya untuk menyatakan kesediaannya mengambil alih perkhidmatan feri dengan beberapa syarat tetapi idea itu ‘senyap’ sejak awal tahun ini.

Ketika ini, PPSB memiliki konsesi untuk mengendalikan pelabuhan itu hingga 2023 di bawah perjanjian penswastaan dengan kerajaan Persekutuan.

Sebanyak 49 peratus saham PPSB telah dijual kepada MMC Corporation, sebuah kumpulan infrastruktur dan utiliti untuk menyelesaikan isu itu.

Pengambilalihan syarikat itu dijangka dimuktamadkan menjelang tahun depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Feri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori