• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perangkap Nyamuk Solar Dipasang Di Kawasan Rekreasi

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan pemasangan perangkap nyamuk solar bagi setiap projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu dan projek menaik taraf kawasan rekreasi di bawah selenggaraan kementerian.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata cadangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu merupakan antara langkah mengurangkan kes demam denggi dan mencegah penularan virus Zika di negara ini.

“Pemasangan perangkap nyamuk solar ini akan diletakkan sebagai satu aspek yang wajib dipasang oleh setiap kontraktor yang menaik taraf kawasan rekreasi dan yang membina PPR baharu.

“Ia banyak digunakan di luar negara terutama Hong Kong, ia boleh berfungsi tanpa tenaga elektrik kerana menggunakan tenaga solar yang boleh diletakkan di atas padang dan taman perumahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya, di sini hari ini.

Katanya jumlah unit perangkap nyamuk solar dan saiz yang bakal dipasang bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan.

Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes virus Zika tempatan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun dari Likas, yang menjadikannya kes kedua virus itu di negara ini. Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung yang dialaminya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noh berkata kementerian akan mengeluarkan pelan induk yang memfokuskan kesejahteraan masyarakat bandar terutama golongan B40 yang menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi.

“Pelan induk ini memberi pembelaan kepada rakyat miskin bandar, bukan sahaja dari segi perumahan tetapi dari segi bagaimana mereka boleh menambah hasil pendapatan bagi menampung kos hidup dan kemudahan apa yang mereka perlukan, seperti kemudahan bas sekolah untuk anak-anak dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd