• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebar Video Nadia Bogel Dibuli Diburu Polis

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kes pukul seorang wanita dalam keadaan bogel yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini, polis kini memburu suspek yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti wanita itu dan siasatan mendapati dia tidak berada di negara ini.

“Kita sedang menjejakinya. Sehingga kini, kita sudah merekodkan enam keterangan dan sedang mengumpul bukti secara dokumentasi termasuk mengenal pasti video asal itu diambil daripada telefon bimbit mana dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Kaitan: Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami

“Kertas siasatan berhubung kes berkenaan juga sudah dibuka dengan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan cedera dan Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya yang dipetik portal Harian Metro.

Tambah Noor Rashid, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran video viral berkenaan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel menggunakan dua botol kaca minuman di sebuah hotel menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen  yang mengecam  perbuatan  mereka yang berada dalam video itu.

Rakaman tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang wanita warga Thailand yang dipercayai diupah oleh suspek.

Bagaimanapun, mangsa yang hanya dikenali sebagai Fatin,26 menerima lapan jahitan akibat daripada serangan suspek yang memukulnya berkali-kali di bahagian kepala.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia. – MYNEWSHUB.CC


Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami oleh mynewshub

Tags: kes khalwatpolis
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd