• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Warga Myanmar, Penjaga Kaunter Tiket Dijel

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kaunter tiket bas dipenjara tiga tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan terhadap seorang pekerja kilang warga Myanmar.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Rizuan Roslan, 29, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini. Kes itu hari ini ditetapkan untuk menyambung perbicaraan hari kedua.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Jun lalu.

Mohd Rizuan didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM300 dan telefon bimbit jenis Samsung milik Maung Linn, 27, di tepi jalan besar Hentian Duta, di sini pada 10 pagi, 25 Jun lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama seorang lagi lelaki yang memandu kereta itu (masih bebas) telah membawa mangsa ke Hentian Duta dari Hentian Puduraya.

Ketika tiba di Hentian Duta, tertuduh telah mencekik mangsa yang duduk di kerusi depan dan mengambil wang RM300, manakala lelaki yang memandu mengambil telefon bimbit dari beg galas mangsa.

Tertuduh ditangkap oleh orang ramai selepas mangsa menjerit meminta tolong ketika tertuduh mengeluarkan mangsa dari kereta, manakala rakan tertuduh berjaya melarikan diri selepas memecut kenderaannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd. Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan kes rompak terhadap warga asing semakin meningkat di negara ini.

Mohd Rizuan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung isteri dan anak yang masih kecil selain menyesal dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukannya. – BERNAMA

Tags: Penjararompakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Itu Bukan Saya Tetapi Orang Lain – Amira Othman

Next Post

Haiwan Korban Tidak Patut Dijadikan Bahan Lawak

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Haiwan Korban Tidak Patut Dijadikan Bahan Lawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd