Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Ribut Terburuk Dalam 20...

JOHOR BAHRU: "Sepanjang usia saya 50 tahun dan menetap di Rumah Pangsa Ros...

Asrama Wanita Sekolah Agama...

MARAN - Bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maran di sini, musnah...

Muhammad Hawari Pula Hilang...

PUTRAJAYA: Berita duka terus menyelebungi kem pasukan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023)...

Ahli UMNO Buat Laporan...

POKOK SENA - Seramai 50 ahli UMNO Pokok Sena membuat laporan bagi mendesak...

Penglibatan Malaysia Dalam Misi Keamanan Diiktiraf Dunia

BENTONG – Jemputan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di London,  United Kingdom (UK) minggu depan membuktikan usaha Malaysia menjaga keamanan termasuk di luar negara diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili negara ke mesyuarat itu, berkata jemputan itu secara langsung menggambarkan kecemerlangan negara menjayakan misi pengaman di beberapa negara bergolak termasuk Lebanon.

“Pada mesyuarat kali ini, kita dijemput khas kerana ramai anggota kita yang membantu dalam penguatkuasaan pasukan pengaman di seluruh dunia khususnya Lebanon.

“Ini penting untuk kita buktikan kepada dunia walaupun pemimpin kita dikritik dan dicemuh, perkara pokok yang dipertanggungjawabkan sama ada di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa tetap diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong.

Hishammuddin berkata penyertaan itu juga secara langsung membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa kerajaan sentiasa meletakkan perkara pokok dalam pentadbirannya sebagai keutamaan meskipun berdepan pelbagai isu dalam negara.

Menurutnya persidangan itu akan dihadiri oleh menteri-menteri pertahanan dari 77 buah negara yang terlibat dengan misi pengaman PBB.


Mesyuarat berkenaan adalah lanjutan daripada Sidang Kemuncak Pasukan Pengaman PBB di New York, Amerika Syarikat yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Sept tahun lalu.

“Kita telah bersedia mengatur gerak inisiatif yang dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini untuk pemeriksaan Sekreatriat Jabatan Operasi Keamanan PBB (UNDPKO).

“Malaysia mempunyai imej yang sangat baik di UNDPKO, kesinambungan usaha Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pusat Pengaman Malaysia (MPC) di Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, dalam agenda berasingan selepas mesyuarat itu, satu perjumpaan turut diadakan bersama menteri pertahanan Indonesia dan Filipina bagi membincangkan soal kerjasama tiga hala bagi menangani kes penculikan serta kegiatan lanun di Laut Sulu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori