Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Keislaman Sayyidina Bilal Dan...

SAYYIDINA Bilal ialah seorang sahabat yang masyur yang sentiasa menjadi juru azan di...

Jadi Kurus Hanya Merosakkan...

SEORANG wanita mendedahkan impiannya untuk memiliki bentuk badan yang kurus dan mengiurkan menjadi...

Kereta Shah Rukh Khan...

GARA-GARA terlalu teruja dapat merakam gambar Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), seorang...

Sofia Vergara Aktres TV...

AKTRES Sofia Vergara merupakan pelakon wanita yang menerima pendapatan tertinggi pada tahun ini,...

Pengebom Daesh Mahu Serang Putrajaya?

KUMPULAN pengganas bersenjata Daesh tidak pernah kenal erti putus asa untuk terus mengancam negara ini walaupun cubaan beberapa kali mereka ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Terbaharu, Bahagian Anti-Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menahan lapan individu yang dipercayai anggota kumpulan militan Daesh.

The New Straits Times melaporkan, lapan rakyat Malaysia itu dipercayai baru pulang dari Syria dan bercadang melancarkan serangan untuk kumpulan itu di negara ini.

Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedang menyiasat pergerakan sekumpulan penyokong Daesh yang menganggap diri mereka sebagai pasukan khas yang dilatih untuk menyelesaikan misi di negara ini.

Katanya, dua daripada mereka merancang untuk menyerang Putrajaya sementara yang lain mahu menyerang tempat pertemuan Freemason di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan bahan letupan.

Turut ditahan seorang remaja berusia 18 tahun yang mempunyai pengalaman menetang rejim Syria.


Ayob menjangkakan lebih ramai anggota Daesh akan pulang ke negara masing-masing termasuk Malaysia susulan tindakan keras Syria terhadap kumpulan militan pengganas ini.

Sejak 2013, sebanyak 13 cubaan penganas dilaporkan termasuk tujuh kes yang ditahan bersama bahan kimia, bahan letupan dan peluru

Kawasan tumpuan serangan pengganas ini adalah pusat hiburan, kilang pengeluaran alkohol, premis kerajaan dan premis yang membabitkan produk luar negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori